Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

JANGAN KETAWA – Bukan Model, Tapi Lelaki Berperwatakan ‘Wanita’

Kongsikan Artikel Ini

ALOR SETAR, 10 Ogos – Gambar wanita yang tular berpakaian mencolok mata pada Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) di Aman Central baru-baru ini adalah seorang tetamu dan bukannya model yang memperagakan pakaian pada program itu.

Difahamkan lelaki berperwatakan wanita itu merakamkan gambar di bahagian pentas selepas tamat program berkenaan.

Aman Central dalam kenyataannya hari ini berkata pihaknya kesal dengan perkongsian gambar daripada salah seorang tetamu yang hadir yang tidak mencerminkan kod etika pemakaian yang ditetapkan.

“Pihak kami selaku penganjur turut memohon maaf atas sebarang kejadian yang telah menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

“Pihak kami kesal atas segala kesulitan yang berlaku dan akan memastikan etika pemakaian yang ditetapkan di mana-mana majlis di Aman Central akan dipantau dengan lebih ketat selepas ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap penganjur KFW22 termasuk memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan selepas menampilkan model dengan pakaian yang mencolok mata.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata, hasil semakan, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mengulas lanjut, Aman Central berkata pihaknya sudah mendapatkan kesemua kelulusan oleh pihak berwajib sebelum program dijalankan.

Katanya, program berkenaan adalah acara tahunan di Aman Central dan tidak dianjurkan oleh mana-mana pihak lain.

“Acara ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama oleh pereka pereka tempatan di mana KFW menjadi sebuah platform rasmi dalam kalangan pereka fesyen.

“Ia dianjurkan setiap tahun bagi mempromosikan pakaian dan jenama-jenama di Aman Central, di samping menampilkan pereka-pereka tempatan tanah air untuk mempromosikan Aman Central,” katanya.

Aman Central menjelaskan penganjuran KFW kali ini adalah penampilan semula selepas dua tahun di mana acara dibatalkan pada tahun tahun sebelumnya ketika negara dilanda pandemik.

“Pihak kami sekali lagi memohon maaf atas sebarang kejadian yang telah menyentuh sensitiviti mana-mana pihak,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 28 Jan – Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada pemeliharaan perpaduan antara kaum serta memupuk generasi akan datang tentang kepentingan menjaga...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUANTAN, 26 Jan – Dua ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas tuduhan membuat dua tuntutan palsu kepada Pertubuhan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 26 Jan – Dato’ Seri Aminuddin Harun memohon agar para peniaga di daerah Port Dickson supaya tidak mengenakan harga barangan dan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKOTA KINABALU, 26 Jan – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan KEADILAN, adalah di...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER