Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

KEADILAN Wangsa Maju Sahut Cabaran Pusat Darah Negara Galak Kempen Derma Darah

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew menyantuni para penderma darah anjuran KEADILAN Cabang Wangsa Maju dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN).
Kongsikan Artikel Ini

WANGSA MAJU, 9 Ogos – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Wangsa Maju sekali lagi menyahut cabaran Pusat Darah Negara (PDN) dengan mengadakan kerjasama strategik menjalankan aktiviti kempen derma darah di Flat Sri Langkawi 2, di sini pada Sabtu.

Dari kiri, Haslinda Hasbullah, Ketua Wanita Cabang; Andre Lai, Ketua Cabang dan Azhar Aza, Ketua AMK Wangsa Maju merangkap Ketua AMK Wilayah Persekutuan.

Kempen ini dianjurkan bersama PDN melalui Persatuan Penduduk Flat Sri Langkawi 2 dan Persatuan Penduduk, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia.

Dari kiri Kannan, Rao, Sri Tharan (Naib Ketua Cabang), Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Kamsol (Pengerusi Persatuan Penduduk), Azfa (Ketua AMK Wilayah), Andre Lai, dan Azmee.

Program yang bermula dari 8 pagi hingga 3 petang itu disasarkan kepada penduduk sekitar Jalan Madrasah dan dikelola oleh Naib Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Sri Tharan.

Sebahagian para penderma darah yang menyokong saranan Pusat Darah Negara (PDN) tampil menabur bakti.

Memandangkan penularan Covid-19 yang masih lagi tinggi, PDN hanya mensasarkan sekurang-kurangnya 30 beg darah dapat dikumpulkan dalam program ‘outreach’ seperti ini berbanding ketika sebelum pandemik melanda iaitu minimum 60 beg.

“Program ini mendapat sambutan luar biasa, walaupun ramai yang datang tidak dapat menderma akibat pelbagai masalah kesihatan, namun kami berjaya mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 beg darah berjaya dikumpul, kebanyakannya darah jenis ‘O’ yang amat diperlukan kini.

Kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) membantu melancarkan operasi program derma darah yang menjadi kelaziman penduduk Wangsa Maju.

“Saya menyeru semua pihak supaya tampil ke hadapan untuk menderma darah kerana darah yang didermakan mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang,” kata Sri Tharan.

KEADILAN Wangsa Maju amat prihatin dengan kenyataan PDN baru-baru ini bahawa negara memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah setiap hari, namun ketika ini PDN dan Tabung Darah Negara berdepan kekurangan stok bekalan darah di seluruh negara.

Pelbagai manfaat diterima rakyat Wangsa Maju seperti pemeriksaan mata, rawatan menerusi Peka B40 dan sebagainya.

Setiap tahun, sekurang-kurangnya sekali program derma darah secara bersasar dianjur oleh KEADILAN Cabang Wangsa Maju bagi memenuhi komitmen yang dizahirkan oleh PDN.

Program secara berkala yang dikendalikan Cabang KEADILAN Wangsa Maju ini antara program-program kesihatan yang memberi manfaat khusus buat penduduk dalam Parlimen Wangsa Maju.

Usaha Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew menganjurkan pelbagai program pemeriksaan membuktikan beliau amat menitik beratkan kesihatan dan gaya hidup sihat di kalangan warga Wangsa Maju.

Terdahulu, KEADILAN Wangsa Maju pernah mengadakan beberapa siri kem kesihatan seperti saringan kesihatan menerusi inisiatif Peka B40, rawatan pakar mata, dan program penjagaan mata.

Malah pada tahun 2019, pasukan yang sama menjalankan program saringan mamogram dan pap smear dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) khusus untuk penduduk di Parlimen Wangsa Maju.

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew meneliti perkembangan pemeriksaan warga Wangsa Maju yang hadir pada program anjuran Cabang Wangsa Maju secara berterusan.

Aktiviti kemasyarakatan seperti ini memupuk semangat muhibah di kalangan rakyat dan telah menjadi kelaziman dalam KEADILAN Wangsa Maju.

Kerjasama erat antara pihak KEADILAN Cabang Wangsa Maju diketuai Andre Lai dan semua komuniti dalam parlimen memastikan pelbagai manfaat terus dinikmati warga Wangsa Maju sehingga kini.

“Objektif utama kami adalah untuk membantu mengurangkan kesusahan rakyat, tetapi yang paling penting adalah kesepakatan dan perpaduan dalam KEADILAN Wangsa Maju dicapai di peringkat cabang, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita.

“Saya juga berharap warga Wangsa Maju dapat terus mengamalkan gaya hidup yang sihat di samping melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mengesan tanda-tanda awal penyakit kronik seperti darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis,” kata Andre Lai, Ketua Cabang Wangsa Maju.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 28 Jan – Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada pemeliharaan perpaduan antara kaum serta memupuk generasi akan datang tentang kepentingan menjaga...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUANTAN, 26 Jan – Dua ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas tuduhan membuat dua tuntutan palsu kepada Pertubuhan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 26 Jan – Dato’ Seri Aminuddin Harun memohon agar para peniaga di daerah Port Dickson supaya tidak mengenakan harga barangan dan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKOTA KINABALU, 26 Jan – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan KEADILAN, adalah di...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER