Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Adakah ‘Hubungan Perancis’ Najib Pengaruhi Kontrak LCS? – Rafizi

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menuduh bekas perdana menteri, Najib Abdul Razak mempengaruhi keputusan pilihan reka bentuk oleh Putrajaya berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam satu kenyataan hari ini, Rafizi mendakwa memiliki dokumen tender yang dibocorkan kepadanya dan “surat niat” daripada firma pertahanan Perancis DCNS (kini dikenali sebagai Naval Group) mengenai projek LCS.

Bagaimanapun, dokumen ini, kata Rafizi, dikeluarkan sebelum Boustead Naval Shipyard Bhd (BNS) secara rasmi dijadikan kontraktor utama pada 16 Dis 2011.

“Ini bermakna DCNS (sebagai sub-kontraktor) telah menerima maklumat penuh sebelum ini mengenai projek itu. Malah, DCNS telah pun mengemukakan dokumen tender dan surat niat walaupun sebelum BNS dilantik sebagai kontraktor utama,” kata Rafizi.

Rafizi tidak mendedahkan ketiga-tiga dokumen itu tetapi memberikan nombor rujukan dan tarikh.


Menurut Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), BNS menyerahkan “surat niat” pada 16 Okt 2010 dan menerima “surat lantikan” pada 16 Dis 2011.

Berdasarkan tarikh yang diberikan oleh Rafizi, ketiga-tiga dokumen yang dikatakan bocor dalam simpanannya adalah bertarikh antara “surat niat” BNS dan “surat lantikan”.

Menurut Rafizi, dia juga memiliki laporan oleh Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) – pemilik BNS – yang membuat kesimpulan bahawa sebut harga DCNS adalah “ditentukan terlebih dahulu” dan perkara itu adalah tidak wajar.

Rafizi yang memetik laporan itu berkata, penyiasat BHIC menyatakan bahawa DCNS mempunyai sejarah merasuah rakyat Malaysia dan perkara itu sedang disiasat pihak berkuasa Perancis.

Justeru dakwanya, Najib berkemungkinan mempunyai peranan dalam menentukan reka bentuk LCS kerana rekodnya dengan DCNS melalui perjanjian kapal selam Scorpene pada awal 2000-an.

“Pertama, dia (Najib) lebih berkuasa daripada menteri pertahanan pada ketika itu untuk mempengaruhi keputusan menukar reka bentuk kapal agar sub-kontraktor dari Perancis, iaitu DCNS, dipilih.

“Kedua, mempunyai rekod peribadi yang memilih DCNS (dan rakan sekutu DCNS iaitu Thales) untuk projek-projek besar negara. Selain projek kapal selam Scorpene dan kapal LCS, Thales juga mencetuskan kontroversi dalam tahun 2012 apabila terbabit dalam skandal anugerah projek LRT kepada George Kent.

“Saya menunggu bagaimana Najib Razak akan menjawab persoalan-persoalan ini,” kata Rafizi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER