Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Bersatu Sarawak Tuntut Willie Lepas Jawatan Setelah Khianat

Kongsikan Artikel Ini

KUCHING, 7 Ogos – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak melahirkan rasa kecewa berhubung tindakan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), parti komponen utama dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, berkata kekecewaan itu timbul apabila Willie bertindak demikian ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hampir tiba.

“BERSATU Sarawak mengambil maklum mengenai permohonan beliau (Willie) untuk menyertai PBB telah pun diluluskan.

“Oleh yang demikian, keahlian beliau dalam BERSATU telah pun digugurkan secara automatik menurut perlembagaan parti Fasal 10, Perkara 10.2.3,” katanya dalam satu kenyataan.

Jaziri berkata, hal berkenaan sudah disampaikan kepada Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin.

“BERSATU Sarawak berharap tindakan Willie menyertai PBB bukan demi kepentingan peribadi beliau sendiri,” katanya.

Beliau berkata, BERSATU Sarawak pada masa sama menyokong tindakan susulan oleh pucuk pimpinan parti terhadap kuota jawatan Timbalan Menteri milik parti yang diisi oleh Willie ketika ini.

Willie ketika ini adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“BERSATU Sarawak juga sentiasa mengamalkan politik khidmat sebagai wadah perjuangan dan mengutamakan negeri ini dengan memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya.

Willie sebelum itu telah khianat mandat rakyat terlebih dahulu apabil keluar bersama-sama Azmin Ali dalam Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari 2020.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER