Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Johnny Depp, Amber Heard Sama-Sama ‘Degil’

Kongsikan Artikel Ini

LOS ANGELES, 23 Jul – Konflik aktor Hollywood sensasi, Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard belum berakhir di mahkamah.

Mengikut laporan E! News yang memetik dokumen mahkamah pada 22 Julai lalu, bintang Pirates of the Caribbean itu memfailkan notis rayuan untuk membatalkan ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta) yang perlu diberikan kepada Heard semasa perbicaraan kes saman fitnah.

“Keputusan sangat positif untuk Depp. Keputusan bercakap bagi pihaknya sendiri dan Depp percaya ini adalah masa untuk kedua-dua pihak meneruskan kehidupan dan sembuh daripada kelukaan.

“Namun, jika Heard bertekad untuk meneruskan rayuan, Depp juga akan memfailkan rayuan serentak untuk memastikan rekod penuh dan semua isu undang-undang yang berkaitan dipertimbangkan oleh Mahkamah Rayuan,” kata jurucakap Depp menerusi kenyataan kepada E! News.

E! News juga dikhabarkan meminta komen dari pasukan Heard, namun, belum menerima sebarang maklum balas.

Awal bulan lalu, selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Depp, 58, terhadap Heard, 36, juri yang bersidang Mahkamah Circuit di Fairfax Country, Amerika Syarikat, memutuskan Depp dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).


Juri memutuskan Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif.

Juri juga membuat keputusan Heard dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta).

Pada 21 Julai, menurut dokumen mahkamah diperoleh oleh E! News, Heard dan pasukan guamannya memfailkan rayuan terhadap keputusan dalam kes saman fitnah terhadapnya.

“Kami percaya mahkamah membuat kesilapan menghalang keputusan yang adil selaras dengan Pindaan Pertama.

“Oleh itu, kami merayu keputusan itu. Walaupun menyedari pemfailan hari ini akan mencetuskan kekecohan di laman Twitter, terdapat langkah yang perlu diambil untuk menuntut keadilan,” kata jurucakap Heard dalam satu kenyataan kepada E! News.

Wakil Depp membalas rayuan dengan memberitahu tetap yakin keputusan tidak akan berubah.

Dalam temu bual bersama NBC News, Heard mengimbas semula perbicaraan dan mengakui masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas suaminya.

Pada masa yang sama, Heard menyifatkan perbicaraan itu sebagai pengalaman sukar.

“Setiap hari, saya melepasi tiga, empat hingga enam blok yang dipenuhi dengan peminat memegang papan tanda berkata, ‘Bakar ahli sihir. Maut untuk Amber.’

“Selepas lebih tiga minggu, saya mengambil pendirian dan melihat mahkamah penuh dengan peminat Kapten Jack Sparrow yang lantang dan bertenaga.

“Ini adalah perkara paling memalukan dan mengerikan pernah dilalui. Saya tidak pernah rasa jauh ini,” katanya.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSHANGHAI, 1 Dis – Dua bandar terbesar China, Guangzhou dan Chongqing, mengumumkan pelonggaran sekatan pergerakan COVID-19 bermula semalam. Ini dibuat sehari selepas...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 30 Nov – Jepun merancang membeli sehingga 500 peluru berpandu krus Tomahawk AS sehingga tahun fiskal 2027 bagi meningkatkan keupayaan serangan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSYDNEY, 30 Nov – Parlimen Australia hari ini meluluskan usul mengutuk bekas Perdana Menteri daripada parti Liberal, Scott Morison selepas siasatan mendedahkan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER