Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

Dewa 19 Tambah Satu Malam Lagi Gara-Gara Tiket Konsert Licin

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 19 Jul – Gara-gara tiket disapu licin dalam tempoh sejam selepas jualan dibuka semalam, Konsert 30 Years of Dewa 19 ditambah satu malam lagi, iaitu sehari lebih awal daripada tarikh 10 September yang diumumkan, iaitu pada Jumaat, 9 September depan di lokasi sama, Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram (IG) rasmi Dewa 19 iaitu @officialdewa19, awal pagi tadi, vokalis dan gitaris utama kumpulan itu, Ahmad Dhani berkata, tiket untuk menyaksikan konsert malam pertama itu dijual mulai jam 3 petang, hari ini, melalui ticket2u.com.my.

“Gokil (istilah merujuk kepada rasa kagum dan teruja) Malaysia!

“Dalam masa sejam tiket habis dijual. Kami sangat berbesar hati dengan sokongan Baladewa dan Balawadewi di Malaysia khususnya Kuala Lumpur.

“Jadi untuk membalas sokongan dan rindu kalian, Dewa 19 akan menambah satu malam lagi untuk Baladewa semua. Konsert akan ditambah pada Jumaat, 9 September 2022 di lokasi sama.


“Dapatkan tiket kalian pada hari ini mulai jam 3 petang di laman yang sama.

“Kali ini, tolong jangan terlewat lagi membelinya kerana Malaysia adalah satu-satunya lokasi di mana kami muncul dengan dua konsert khas buat kalian,” katanya dalam hantaran berbentuk video itu.

Semalam, tiket untuk menyaksikan Konsert 30 Years of Dewa 19 pada Sabtu, 10 September depan habis terjual dalam tempoh sejam selepas talian dibuka pada jam 11 pagi.

Berikutan itu, ramai peminat meluahkan rasa kecewa dan berharap penganjur, Icon Entertainment dapat menambah satu malam lagi agar mereka dapat menyaksikan kumpulan yang popular dengan lagu Laskar Cinta itu, beraksi.

Kali terakhir Dewa 19 mementaskan konsert adalah di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2019, namun, tanpa kehadiran Ahmad Dhani.

Melancarkan siri jelajah menyambut ulang tahun ke-30 penubuhan band itu, Dewa 19 sudah memulakan siri konsert di Indonesia dan menjadikan Kuala Lumpur antara destinasi persinggahan.

30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu, itu slogan ringkas, namun, cukup padat disampaikan kepada peminat yang tidak sabar menantikan kemunculan Dewa 19 di Malaysia.

Sempena konsert jelajah mereka itu, Dewa 19 turut melakar sejarah apabila buat kali pertama menghimpunkan empat vokalis handalan atas satu pentas iaitu Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan terkini, Ello.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniKEMAMAN, 13 Okt – Komposer Wan Zul, 61, yang dilapor kritikal sejak beberapa hari lalu, meninggal dunia di Hospital Kemaman, di sini...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniSEPANG, 4 Okt – Pelakon popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sepang di sini, atas pertuduhan memuat naik...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Sep – Gelaran ‘Datuk Seri’ suami kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu ‘Datuk Seri’ Mahadi Badrul Zaman didakwa palsu. Isu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLOS ANGELES, 29 Sep – Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Coolio meninggal dunia pada usia 59 tahun, semalam. Menerusi laporan media...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER