Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

TAHNIAH – Pakar Ekonomi Jangka Kadar Dividen KWSP 2022 Lebih Rendah

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Pakar-pakar ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengagihkan kadar dividen yang lebih rendah bagi 2022 berikutan jumlah pendapatan pelaburan yang lebih lemah yang dicatatkan semasa suku pertama berakhir 31 Mac 2022.

Dana pencen itu hari ini mengumumkan bahawa jumlah pendapatan pelaburannya telah merosot kepada RM15.85 bilion pada suku pertama 2022 berbanding RM19.29 bilion yang dicatatkan semasa suku pertama tahun lepas berikutan penurunan dalam pasaran di seluruh dunia.

“Kadar dividen KWSP dijangka jatuh seiring dengan pendapatan pelaburan yang lebih rendah,” kata Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Yeah Kim Leng kepada Bernama ketika dihubungi.

Tahun lepas, KWSP sebagai salah satu dana persaraan tertua dan terbesar di dunia, mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.65 peratus bagi simpanan Syariah.

Menurut Yeah lagi, konflik Rusia-Ukraine yang berpanjangan termasuk inflasi serta peningkatan kadar faedah seperti kenaikan 75 mata asas oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah menyebabkan jangkaan pertumbuhan global disemak semula ke bawah.

Selain itu, risiko kemelesetan juga semakin bertambah ketika AS bergelut untuk mengendurkan ketegangan inflasinya.

“Sekiranya ia mampu mencatatkan perkembangan yang baik dan China dapat meneruskan aktiviti biasa di tengah-tengah dasar sifar COVID-19, kita mungkin melihat pendapatan pelaburan bertahan untuk membolehkan dividen yang memuaskan, yang kemungkinan besar akan lebih rendah daripada tahun sebelumnya,” katanya.

Profesor Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Geoffrey Williams mempunyai pendapat yang sama, beliau tidak menjangkakan dividen yang tinggi untuk 2021 akan diulangi pada tahun ini memandangkan isyarat awal sudah boleh dibaca berdasarkan persekitaran pelaburan secara umum.

Tahun lepas, prestasi dividen KWSP secara keseluruhan disokong oleh pemulihan yang kukuh dalam pasaran ekuiti, katanya.

“Tetapi pertumbuhan 2022 sudah mula dicanangkan menurun di seluruh dunia, jadi pulangan pelaburan mungkin lebih rendah,” kata Williams.

Sementara itu, Yeah berkata prestasi suku pertama yang lebih lemah memang dijangka susulan pergolakan dalam pasaran kewangan, makanan dan tenaga global ekoran konflik Rusia-Ukraine.

“Pasaran kewangan juga dipacu oleh peningkatan inflasi yang kukuh termasuk ramalan kenaikan kadar faedah,” katanya.

Williams, bagaimanapun, menjelaskan bahawa hasil suku pertama tidak dijangka tetapi juga tidak mengejutkan susulan pergolakan dalam pasaran umum pada suku yang ditinjau.

Sehingga 31 Dis 2021, jumlah pendapatan pelaburan KWSP menokok enam peratus kepada RM67.06 bilion berbanding RM63.45 bilion yang direkodkan semasa 2020, didorong oleh pemulihan progresif pasaran ekuiti dan kebanyakan kelas aset di tengah-tengah pemulihan global.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Jul – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew mempersoalkan adakah Malaysia sudah bersedia dengan kenaikan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Jul – Walaupun terdapat peningkatan secara statistik menjelang separuh kedua 2022 (H2 2022), pakar ekonomi khuatir prestasi keseluruhan ekonomi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniMARANG, 3 Jul – Pas dilihat seakan tidak terkesan dan enggan melayan dakwaan yang melabelkan menteri daripada parti itu sebagai ‘cap ayam’...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMOSCOW, 3 Jul – Kedudukan sama ada wilayah Luhansk kini berada di bawah kawalan Moscow sepenuhnya, lapor Agensi Anadolu, masih belum dapat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER