Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Bill Cosby Didapati Bersalah Lakukan Serangan Seksual Lima Dekad Lalu

Kongsikan Artikel Ini

SANTA MONICA, 21 Jun – Juri Mahkamah California semalam mendapati pelakon komedi, Bill Cosby, bersalah terhadap serangan seksual membabitkan seorang wanita di rumah agam Playboy Mansion ketika mangsa masih remaja.

Juri memberikan ganti rugi sebanyak AS$500,000 (RM2.19 juta) kepada Judy Huth di atas penderitaan emosinya selama bertahun-tahun, susulan pelbagai dakwaan terhadap Cosby daripada wanita lain membangkitkan ingatan mengenai hubungannya dengan pelawak itu.

Huth, dalam keterangannya, berkata Cosby menjemputnya bersama seorang rakannya ke rumah agam Playboy ketika dia berusia 16 tahun dan pelawak itu berusia 37 tahun, serta memaksanya melakukan aksi seks.

Dia memberitahu juri bahawa Cosby memaksanya menggunakan tangannya untuk melakukan perbuatan seksual.

Cosby, yang tidak hadir pendengaran kes, bagaimanapun menafikan dakwaan itu manakala dalam video yang ditunjukkan kepada duri, Cosby mendakwa beliau tidak mengingati Huth.

Katanya, kejadian itu tidak mungkin berlaku kerana beliau tidak mungkin melakukan hubungan seks dengan seseorang yang berusia bawah 18 tahun.

Peguam Cosby, Jennifer Bonjean, mencabar kenyataan Huth sepanjang perbicaraan, termasuk kehidupan masa lalunya disemak semula.

Apabila tuntutan mahkamah difailkan pada Disember 2014, Huth berkata kejadian itu berlaku pada 1974, ketika dia berusia 15 tahun.

Dia yang kini berusia 64 tahun, memberitahu juri baru-baru ini dia tersilap mengenai tahun tragedi malang itu berlaku dan kini percaya ia berlaku pada 1975.

Perbicaraan sivil di California berlangsung selama 11 bulan selepas Cosby dibebaskan dari penjara, apabila mahkamah tertinggi Pennsylvania membatalkan sabitan serangan seksualnya dalam kes jenayah yang berbeza di sana.

Cosby, 84, terkenal kerana peranannya sebagai suami dan bapa yang disayangi dalam siri komedi televisyen 1980-an ‘The Cosby Show’ yang memberi nama jolokan “Bapa Amerika’.

Bagaimanapun reputasi mesra keluarganya hancur selepas lebih 50 wanita menuduhnya melakukan serangan seksual selama hampir lima dekad.

– REUTERS

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniALMATY, 4 Jul – Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev semalam mengesahkan terdapat korban dalam kalangan orang awam dan pegawai penguatkuasa undang-undang selepas protes...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMOSCOW, 3 Jul – Kedudukan sama ada wilayah Luhansk kini berada di bawah kawalan Moscow sepenuhnya, lapor Agensi Anadolu, masih belum dapat...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 3 Jul – Seorang kanak-kanak dan bapanya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 2 Jul – Seorang lelaki dipukul tiga individu kerana memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan di Lebuh...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER