Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Perpaduan Berteras Reformasi Kunci Jalinan Perpaduan Wangsa Maju

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Demi mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kejiranan, menjadi teras utama penganjuran Majlis Jalinan Masyarakat KRT Taman Rowther 2022 yang diadakan pada Sabtu.

Pengerusinya, Mohamed Kathir Ali begitu bersemangat memberikan amanat walaupun dalam hujan, majlis dilangsungkan tetap meriah dan mendapat sambutan ramai.


Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew yang dijemput merasmikan majlis tersebut berkata dalam ucapannya;

“Banyak persatuan penduduk dan NGO menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas dua tahun tidak boleh mengadakan perayaan akibat SOP Pandemik Covid.

“Saya telah menghadiri 19 majlis perayaan hari raya dalam tempoh sebulan ini. Saya rasa sudah cukuplah masa menyambut hari raya. Kita perlu kembali ke tempat kerja kita masing-masing dan bekerja keras membantu memulihkan ekonomi negara kita,” katanya.


Dengan keadaan ekonomi negara yang masih belum pulih, masih ramai para belia yang gagal mendapatkan pekerjaan.

Justeru, Dr Tan menyeru rakyat bangkit memilih pemimpin yang dapat membawa negara keluar daripada konflik dan kesusahan ini.

“Saya menyeru penduduk memilih pemimpin yang berkemampuan dan mempunyai kompetensi bukan sekadar hanya bercakap kosong.”


Pada majlis berkenaan, Dr Tan turut menyumbang RM10,000 kepada KRT Taman Rowther bagi membeli peralatan dan keperluan pejabat.

Taman Rowther dahulunya berada dalam Parlimen Batu, dan menjadi sebahagian daripada Wangsa Maju selepas pensempadan semula selepas PRU 14. Kawasan ini unik kerana mempunyai komposisi masyarakat India-Muslim yang ramai.

Andre Lai atas kapasiti sebagai Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju dan Pegawai Khas Ahli Parlimen, banyak berkomunikasi dengan Sdr Mohamed dalam hal ehwal masyarakat di Taman Rowther.


Beliau menyifatkan Taman Rowther sebagai kawasan yang wajar dijadikan contoh.

“Seperti yang diterapkan dalam KEADILAN, masyarakat di sini berbilang kaum dan setiap program dianjur bersama semua dalam komuniti, di bawah pimpinan KRT Taman Rowther.

“Selain itu, komuniti di sini proaktif menyelesaikan masalah secara berdikari, baik isu masyarakat atau infrastruktur. Kawasan seperti Taman Rowther, Changkat Desa dan Taman Melewar wajar dijadikan contoh.

“Salam perpaduan, Salam Reformasi membawa objektif yang sama di sini. Saya berharap lebih ramai pemimpin akar umbi berkaliber seperi En Mohamed,” kata Andre.


Majlis turut dihadiri bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib, OCS Balai Polis Setapak, Tuan Mohd Zambri Ruslan, Ketua Bahagian MCA, Datuk Ng How Doo, Wakil INSAF, En. Mustafa Ghazanfar, Pengerusi KRT Parlimen Wangsa Maju Hj. Zainal (yang juga AJK KEADILAN Wangsa Maju), Pengerusi KRT Kampung Lee Kong Chian, En Kerk dan Pengerusi KRT Taman Melewar, Puan Jasmin.

Diharapkan agar sambutan ini dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak berkaitan demi memastikan Wangsa Maju kekal selamat, bersih dan berdaya aktif.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Jul – Selain pemilihan dan penyediaan bahan-bahan yang segar dan bermutu yang menjadikan sesuatu masakan menjadi bualan ramai, aspek kemahiran...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 3 Jul – Seorang kanak-kanak dan bapanya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Jul – Rayuan ikhlas pengasas Ayuh Malaysia, Rafizi Ramli kepada seluruh rakyat Malaysia bukan saja mendapat respon segera daripada...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 2 Jul – Seorang lelaki dipukul tiga individu kerana memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan di Lebuh...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER