Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

IAEA Dakwa Iran Giat Tingkatkan Pengayaan Uranium

Kongsikan Artikel Ini

VIENNA, 21 Jun – Iran sedang meningkatkan lagi kegiatan pengayaan uranium dengan bersiap sedia untuk menggunakan pengempar IR-6 yang termaju di tapak loji bawah tanah Fordow.

Ia dibuktikan hari ini berdasarkan laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tindakan itu adalah yang terbaru daripada beberapa langkah yang sudah lama diancam mahu dilaksanakan oleh Iran.

Ia menyebabkan 30 daripada 35 negara dalam Lembaga Gabenor IAEA menyokong resolusi pada bulan ini, yang mengkritik negara itu kerana gagal menjelaskan kesan uranium yang ditemukan di tempat yang tidak diisytiharkan.

Perbincangan secara tidak langsung antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berhubung pemulihan perjanjian nuklear Iran 2015 sudah lama terhenti.

Justeru, sebarang peningkatan lanjut pengayaan uranium berisiko memusnahkan harapan untuk mengekang kemajuan nuklear republik Islam itu dan menarik balik sekatan AS terhadapnya.

Hari ini, Iran memaklumkan kepada IAEA bahawa proses sebelum pengayaan iaitu tindakan memasukkan UF6 ke dalam mesin, sudah bermula semalam.

Mesin 166 adalah satu-satunya mesin yang memiliki apa yang dipanggil ‘sub-kepala yang diubah suai’, menjadikannya lebih mudah untuk beralih kepada proses pengayaan ke tahap ketulenan yang lain.

Diplomat Barat sudah lama memperkatakan mengenai peralatan itu sebagai sesuatu yang membimbangkan kerana ia membolehkan Iran melaksanakan kegiatan pengayaan uranium dengan cepat ke peringkat lebih tinggi.

Iran sebelum ini memaklumkan kepada IAEA yang dua pengempar IR-6 boleh digunakan untuk memperkaya bahan itu kepada tahap lima atau 20 peratus ketulenan.

“Kami masih belum menerima penjelasan daripada Iran mengenai cara pengeluaran yang ingin dilaksanakan untuk alat yang dinyatakan,” menurut laporan yang disahkan IAEA.

– REUTERS

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniALMATY, 4 Jul – Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev semalam mengesahkan terdapat korban dalam kalangan orang awam dan pegawai penguatkuasa undang-undang selepas protes...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMOSCOW, 3 Jul – Kedudukan sama ada wilayah Luhansk kini berada di bawah kawalan Moscow sepenuhnya, lapor Agensi Anadolu, masih belum dapat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniJAKARTA, 2 Jul – Indonesia dan Russia bersedia untuk bekerjasama menerusi beberapa projek walaupun Barat meminggirkan Russia kerana menceroboh Ukraine. Seorang pegawai...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 1 Jul – Ukraine mula mengeksport bekalan elektrik ke Eropah pada Khamis, kata Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal. “Eksport elektrik dari...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER