Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Bapa Dan Anak Ditahan Tembak Kucing Jiran Guna Senapang Angin

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 21 Jun – Seorang bapa dan anak lelakinya ditahan kerana dipercayai menembak seekor kucing peliharaan jiran mereka bernama ‘Molly’ dalam kejadian kira-kira 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata lelaki berusia 62 tahun itu ditahan di rumahnya pada pukul 8 malam semalam manakala anak lelakinya berumur 27 tahun ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah 2.30 petang tadi.

“Punca kejadian dipercayai suspek berasa marah dengan kehadiran kucing berwarna putih bertompok hitam itu yang telah memasuki rumahnya dan menembak haiwan itu menggunakan senapang angin.

“Kejadian itu disedari tuannya yang berusia 44 tahun dan membawa Molly mendapatkan rawatan di klinik haiwan selepas mendapati kucingnya muntah darah selain belakang badannya terdapat luka kecil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata doktor yang merawat Molly telah memaklumkan kepada lelaki tersebut bahawa kucingnya telah ditembak dan terdapat geguli besi dalam badan haiwan itu serta tidak dapat diselamatkan.

Susulan itu Christopher berkata satu laporan dibuat oleh pemilik kucing itu dan diambil tindakan oleh Cawangan D9 IPD Melaka Tengah yang turut merampas satu laras senapang angin, beberapa alatan yang dipercayai alat ganti senjata itu serta 17 butir peluru penabur.

Katanya kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes itu dan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Sesyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Jul – Selain pemilihan dan penyediaan bahan-bahan yang segar dan bermutu yang menjadikan sesuatu masakan menjadi bualan ramai, aspek kemahiran...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 3 Jul – Seorang kanak-kanak dan bapanya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Jul – Rayuan ikhlas pengasas Ayuh Malaysia, Rafizi Ramli kepada seluruh rakyat Malaysia bukan saja mendapat respon segera daripada...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 2 Jul – Seorang lelaki dipukul tiga individu kerana memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan di Lebuh...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER