Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Rafizi Akan Mula Kempen Hadapi PRU-15 Bulan Depan

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Calon Timbalan Presiden KEADILAN, Rafiz Ramli mengumumkan akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu mulai 1 Julai ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata ia susulan jangkaannya bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September ini untuk membolehkan Belanjawan 2023 dibentangkan kerajaan baharu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini Rafizi berkata, beliau akan berkempen menggunakan pentas Ayuh Malaysia, memandangkan tahap kelesuan pengundi terhadap parti-parti sedia ada adalah tinggi.

Justeru, kempen akan bermula dengan latihan peringkat nasional kepada sukarelawan Ayuh Malaysia pada 2 Julai ini di Kuala Lumpur.

Katanya beliau akan mengumumkan jadual kempen mengikut bandar dan kerusi-kerusi Parlimen minggu ini, meliputi kempen ceramah kepada orang ramai dan diskusi dengan kumpulan tertentu mengenai isu-isu khusus untuk mengupas pandangan pakar dan orang ramai dalam mencari penyelesaian kepada masalah negara.

Menurut keputusan tidak rasmi yang dikemas kini melalui laman sesawang Pemilihan Keadilan 2022, Rafizi mendahului Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden, namun pengumuman rasmi hanya akan dibuat semasa Kongres Nasional Tahunan KEADILAN yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Julai depan.

Keputusan berkenaan tidak perlu ditunggu lagi memandangkan rakyat kini semakin tertekan dengan kenaikan kos sara hidup contohnya ayam bulat yang dijangka melebihi RM10 sekilo bermula 1 Julai ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Jul – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew mempersoalkan adakah Malaysia sudah bersedia dengan kenaikan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Jul – Walaupun terdapat peningkatan secara statistik menjelang separuh kedua 2022 (H2 2022), pakar ekonomi khuatir prestasi keseluruhan ekonomi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniMARANG, 3 Jul – Pas dilihat seakan tidak terkesan dan enggan melayan dakwaan yang melabelkan menteri daripada parti itu sebagai ‘cap ayam’...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKOTA KINABALU, 3 Jul – Kerajaan disaran memberi subsidi minyak masak bersasar kepada penjaja kecil, peniaga kedai makan dan restoran bagi menangani...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER