Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Mané Akan Rosakkan Dua Tahun Terbaiknya Di Bayern – Saunders

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 20 Jun – Bekas penyerang Liverpool, Dean Saunders menyatakan Sadio Mane akan ‘merosakkan dua tahun terbaiknya’ dalam karier bola sepak di Bayern Munich.

Saunders tidak percaya perpindahan pemain sayap itu ke Bundesliga akan memberikan cabaran yang cukup buat pemain Senegal berkenaan.

Bayern sudah pun memenangi gelaran Bundesliga bagi tempoh 10 musim terakhir.

“Tiada apa-apa (merendahkan) terhadap pasukan yang hebat seperti Bayern tetapi Bundesliga bukanlah satu cabaran buat Mane. Dia akan menjaringkan gol. Mereka menang 5-0 pada setiap minggu, hanya satu pasukan memenangi liga.

“Itu bukanlah cabarannya. Dia akan bermain dengan senang-lenang di Bayern dan merosakkan dua tahun terbaiknya sebagai pemain bola sepak.

“Selepas dia bersara nanti, apabila dia kata ‘lihatlah trofi kabinet saya’, pingat Bundesliga akan berada di hujung sekali.’

Saunders menambah ‘saya tidak percaya dia akan meninggalkan Liverpool. Saya tidak percaya bagaimana ini boleh berlaku’.

“Dia sudah berusia 30 tahun dan sepanjang tempoh dia bersama Liverpool, dia tidak dapat dihentikan dalam enam bulan terakhir ini.”

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Jul – Gaji baharu 400,000 pound (RM2.13 juta) seminggu Mohamed Salah di Liverpool menjadikannya antara pemain bola sepak termahal di...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Jul – Penggempur sensasi Liverpool, Mohamed Salah mengakhiri teka-teki dalam kalangan para penyokong The Reds apabila melanjutkan khidmat bersama kelab...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 2 Jul – Novak Djokovic dan Carlos Alcaraz semakin menghampiri pertembungan antara dua generasi di Wimbledon, manakala saingan wanita menyaksikan hanya...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBUDAPEST, 1 Jul – Gandingan penerjun wanita, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri berjaya menambah koleksi pingat kem terjun negara apabila meraih...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER