Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Mungkinkah Ada ‘Hantu Raya’ Ambil Wang Bagi Pihak Mahiaddin?

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 19 Jun – Sebaik namanya disebut dalam keterangan seorang saksi di mahkamah bahawa dirinya pernah menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd semasa menjadi Menteri Dalam Negeri ketika era pemerintahan PH, Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin dengan pantas tampil menafikannya.

Katanya, dakwaan itu adalah palsu kerana beliau tidak pernah menerima sebarang bentuk wang sebagaimana didakwa.

Ini kerana tegas Mahiaddin lagi, ketika itu beliau sedang menjalani pembedahan kanser dan bercuti selama beberapa bulan.

“Malahan pada tarikh tertentu yang dinyatakan oleh saksi kononnya saya telah menerima sogokon wang tunai, saya sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara.

“Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu.

“Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas,” tambah Ahli Parlimen Pagoh itu lagi.

Mahiaddin juga berkata, semasa sedang bercuti untuk pulih daripada kanser, Tun Mahathir Mohmad adalah pemangku jawatan Menteri Dalam Negeri.

David Tan, saksi daripada Ultra Kirana ketika perbicaraan rasuah Projek Sistem Visa Luar Negara melibatkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi telah menyebut nama Mahiaddin sebagai antara pemimpin yang pernah menerima wang daripadanya.

Beliau mendakwa, sejumlah RM1.3 juta telah diberikan kepada Muhyiddin secara tunai dalam tiga transaksi iaitu pada 4 Jun, 4 Julai dan 23 Ogos 2018.

Begitu pun, kenyataan Mahiaddin bahawa ketika tarikh pemberian wang itu beliau sedang menjalani pembedahan kanser dan menerima rawatan di hospital dipertikaikan oleh musuh politik utamanya, Najib Razak.

Benar, soal Najib sinis kepada Mahiaddin.

Bagi bayaran pertama berjumlah RM300,000 yang disebut berlaku pada 4 Jun 2018, Najib memetik laporan berita yang mengatakan Mahiaddin melawat Bukit Aman pada hari tersebut.

Bagi bayaran kedua berjumlah RM500,000 yang didakwa berlaku pada 4 Julai 2018, Najib memetik satu lagi laporan berita bahawa Presiden Bersatu itu masih belum menjalani pembedahan pada tarikh tersebut.

Najib seterusnya memetik laporan berita yang melaporkan Mahiaddin telah berjaya menjalani pembedahan pada 12 Julai 2018.

Selain itu, Najib juga memetik satu lagi petikan berita yang melaporkan Mahiaddin keluar hospital pada 7 Ogos 2018 dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh pada 14 Ogos tahun yang sama.

David Tan dalam keterangannya mendakwa Mahiaddin menerima bayaran ketiga berjumlah RM500,000 lagi pada 23 Ogos 2018.

Melihat kepada butiran yang dilontarkan Najib, ternampak jelas ada kelompongan dalam kenyataan penafian Mahiaddin sebelum itu.

Hakikatnya, berdasarkan petikan berita yang disertakan oleh Najib, sebenarnya Mahiaddin tidak pun berada di hospital ketika itu.

Apabila tidak berada di hospital, bermakna beliau boleh ditemui dan tidak mustahil boleh juga menerima sumbangan wang.

Adakah ini bermakna keterangan David Tan adalah sah dan benar?

Tetapi, jika benar pula Mahiaddin tidak pernah menerima wang tersebut, siapakah yang mengambil wang itu?

Adakah mungkin pihak lain menjadi “hantu raya” yang mendakwa kononnya mewakili atau bagi pihak Mahiaddin dan tanpa pengetahuan beliau telah menerima wang itu daripada Ultra Kirana?

Sekali lagi, kiranya benar beliau tidak pernah mengambil wang itu dan tidak pernah memberi restu sesiapa mewakilinya, Mahiaddin sendiri pada waktu ini tentu sekali ingin tahu siapakah “hantu raya” itu?

Jeng, jeng, jeng….siapakah “hantu raya” itu?

– ShahbudinHusin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 3 Jul – Ketika BN kalah pada PRU14 lalu, Presiden UMNO waktu itu, Najib Razak sedang terhimpit rapat dengan skandal 1MDB...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Jul – Di antara 2016 ke 2018, seramai 44,000 sukarelawan telah berkhidmat membantu calon-calon Pakatan Harapan dalam PRU2018. Mereka direkrut,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 30 Jun – Desas-desus UMNO berdepan pergolakan dalaman sudah lama didengari hingga wujud persepsi ada dua kumpulan dominan berusaha menguasai parti...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 29 Jun – Antara perkara yang didedahkan oleh bekas ahli MT yang dipecat, Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang medianya semalam ialah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER