Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Kadar Inflasi Menggerunkan Saksikan Jumlah B40 Dan Gelandangan Makin Meningkat – Andre Lai

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 18 Jun – Banyak yang telah berubah semenjak pandemik Covid-19 mula mengancam negara pada Mac 2020 sehingga kini walaupun mulai reda.

Buktinya, Bandaraya Kuala Lumpur yang dahulunya pesat dengan kegiatan ekonomi dari pagi hingga azan subuh, kini kelihatan sepi selepas malam menjengah tiba.


Ini adalah kiasan daripada beberapa cerita anak muda KEADILAN Wangsa Maju, yang sering menghantar makanan kepada mereka gelandangan di sekitar pusat bandaraya.

Ivan dan Manoj merupakan AJK KEADILAN Cabang Wangsa Maju berserta Jackie, Naib Ketua AMK KEADILAN Wangsa Maju, sudah sekian lama menyedikan sumbangan berupa makanan panas terhadap mereka yang merana di tepi jalan.


Saya akui, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama ini banyak membuat kerja yang baik untuk menangani isu gelandangan. Banyak pusat gelandangan tetap dan sementara telah disediakan, dan pada masa yang sama DBKL bekerja sama dengan NGO untuk memberi makanan serta bantuan perubatan.

Akan tetapi isu gelandangan adalah sebenarnya isu kegagalan pengurusan negara. Dua tahun kebelakangan ini, semakin ramai yang memilih untuk menetap di atas jalan, sebenarnya terdiri daripada golongan yang terpelajar.


Saya pernah melihat mereka ini yang sebenarnya mempunyai tahap pendidikan yang baik dan ada yang fasih berbahasa Inggeris.

Apabila bertanya apa kepayahan hidup mereka, banyak jawapannya, tetapi kebanyakan menjawab kepada ketidak mampuan untuk meneruskan kehidupan sediakala kerana faktor inflasi dan kehilangan sumber pendapatan.


Ada juga yang segan memberi tahu keluarga mereka yang mereka terpaksa merana di atas jalan.

Memang benar, masalah gelandangan sebegini telah menjadi fenomena global, bukan sahaja Malaysia.

Malah di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pun diakui mula terasa bahang fenomena ini, di mana gelandangan muncul dalam kumpulan yang besar di bandaraya besar seperti New York, Detroit dan San Francisco.


Namun, tanggungjawab kerajaan adalah untuk mendapatkan kebaikan yang terbaik untuk rakyat. Kebelakangan ini, inflasi makanan Malaysia telah meningkat dalam kadar yang amat membimbangkan.

Ia dijangka terus meningkat akibat kenaikan harga komoditi global, gangguan ‘supply chain’ dan nilai ringgit yang semakin menyusut.


Selama ini, negara mengejar kejayaan dan kemewahan, tanpa melihat indikator inflasi yang semakin naik. Dalam tempoh pandemik, negara sepatutnya boleh lebih menumpukan perhatian tetapi tetap terlepas pandang.

Hakikatnya, kegagalan Greece 2008 kita terlepas pandang, begitu juga kegagalan Sri Lanka 2021 juga kita terlepas pandang.


Kini, apabila inflasi melanda negara kita, masih tidak ada usaha untuk menangani kenaikan harga baran yang makin naik mendadak.

Malah, banyak komoditi yang dahulunya negara kita menjadi negara pengeluar kini terpaksa bergantung dengan nilai import yang lebih tinggi. (Sumber: Laman AyuhMalaysia).

Kita sering mencari jalan pintas, seperti dalam isu kekurangan ayam dengan menghentikan AP, dan menghentikan eksport ke luar negara.

Namun, isu sebenar masih tidak lagi dapat diatasi. Pengeluaran makanan dalam negara.


Bagi seseorang yang memilih untuk merayap di tepi jalan, adalah jalan terakhir seseorang boleh buat apabila kesempitan hidup sampai ke puncaknya.

Kepada mereka yang proaktif seperti Ivan, Manoj dan Jackie – inisiatif menolong gelandangan adalah satu tindakan yang patut dipuji.

Namun, masalah tidak akan berakhir apabila jumlah B40 dan gelandangan yang semakin meningkat, adalah hasil daripada kegagalan pentadbiran menangani krisis.

Apa yang berlaku hari ini, hanya permulaan… Hanya akan lebih ramai lagi yang memilih jalan ini, sekiranya keadaan negara tidak bertambah baik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 3 Jul – Ketika BN kalah pada PRU14 lalu, Presiden UMNO waktu itu, Najib Razak sedang terhimpit rapat dengan skandal 1MDB...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Jul – Di antara 2016 ke 2018, seramai 44,000 sukarelawan telah berkhidmat membantu calon-calon Pakatan Harapan dalam PRU2018. Mereka direkrut,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 30 Jun – Desas-desus UMNO berdepan pergolakan dalaman sudah lama didengari hingga wujud persepsi ada dua kumpulan dominan berusaha menguasai parti...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 29 Jun – Antara perkara yang didedahkan oleh bekas ahli MT yang dipecat, Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang medianya semalam ialah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER