Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

24,430 Unit Rumah Mampu Milik Telah Dibina Kerajaan Negeri Sembilan Sejak 2018

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 17 Jun – Sebanyak 7,518 buah rumah mampu milik Type A yang berharga RM80,000 telah lulus bagi Kebenaran Merancang di seluruh Negeri Sembilan sejak Jun 2018 sehingga bulan Mac tahun ini.

Menjelaskan perkara berkenaan, Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah berkenaan termasuk projek-projek perumahan yang berada dalam fasa pembinaan dan juga projek-projek rumah mampu milik Type A yang telah pun siap dibina.


Di samping itu, ujar beliau, sebanyak 8,467 unit rumah mampu milik Type B dan 8,445 unit rumah mampu milik Type C telah diluluskan Kebenaran Merancang sejak tahun 2018.

“Jumlah ini menjadikan 24,430 unit rumah mampu milik dibina oleh kerajaan Negeri Sembilan sejak tahun 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, jumlah tersebut merupakan bukti komitmen kerajaan negeri bagi menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

“Komitmen ini dizahirkan melalui pelaksanaan Dasar Perumahan Negeri Sembilan yang mewajibkan setiap pemaju membangunkan 50 peratus rumah mampu milik dalam setiap kawasan perumahan baharu.


“Daripada 50 peratus komponen tersebut, sebanyak 20 peratus adalah bagi rumah mampu milik yang berharga maksimum RM80,000.

“15 peratus lagi adalah berharga di antara RM81,000 ke RM250,000 dan baki 15 peratus lagi adalah bagi rumah yang berharga di antara RM251,000 sehingga RM400,000,” katanya.


Beliau berharap semoga pelaksanaan dasar ini dapat memastikan keseimbangan taraf hidup rakyat dan kegiatan ekonomi terus berdaya saing di negeri ini.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Jul – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew mempersoalkan adakah Malaysia sudah bersedia dengan kenaikan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Jul – Walaupun terdapat peningkatan secara statistik menjelang separuh kedua 2022 (H2 2022), pakar ekonomi khuatir prestasi keseluruhan ekonomi...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMOSCOW, 3 Jul – Kedudukan sama ada wilayah Luhansk kini berada di bawah kawalan Moscow sepenuhnya, lapor Agensi Anadolu, masih belum dapat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Jul – Selain pemilihan dan penyediaan bahan-bahan yang segar dan bermutu yang menjadikan sesuatu masakan menjadi bualan ramai, aspek kemahiran...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER