Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Kenapa MRT Corp ‘Layan’ Permintaan Seorang Pesalah Rasuah?

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 16 Jun – Bekas perdana menteri Najib Razak diberikan peluang menaiki MRT laluan Putrajaya sehari sebelum pelancaran rasmi kerana dia memohon perkara itu, kata Mohd Zarif Hashim.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) MRT Corp berkata undangan diberikan selepas Najib meluahkan keinginannya melalui “Twitter”.

“Oleh kerana tweet itu, kami balas,” kata Zarif yang enggan menjawab kecaman bahawa Najib diberikan layanan istimewa.

Sementara itu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang melancarkan laluan itu hari ini enggan mengulas panjang dan hanya berkata MRT Corp berhak berbuat demikian.

“Saya tak nak komen dari segi niat MRT jemput. Hari ini saya baru lancarkan dan semalam MRT jemput (Najib).

“Itu hak MRT,” katanya.

Najib menyuarakannya keinginan itu pada 21 Mei di media sosial. Bagaimanapun ia dinyatakan di Facebook, bukan Twitter.

Projek MRT diilhamkan semasa Najib menjadi perdana menteri.

Setakat ini, hanya Fasa 1 MRT Putrajaya beroperasi yang menghubungkan Sungai Buloh dan Batu, Kuala Lumpur.

Pada Fasa 2, ia akan melalui Tun Razak Exchange (TRX) – satu lagi projek era Najib yang dinamakan sempena bapanya yang juga perdana menteri kedua.

Bagaimana MRT Corp boleh terfikir ‘tunaikan permintaan’ seorang penjenayah yang telah pun didapati bersalah oleh mahkamah atas dasar ‘rule of law’ walaupun projek itu diilhamkan semasa Najib menjadi perdana menteri?

Apakah jawapan Ismail Sabri menunjukkan dia seorang PM yang lemah selemah-lemahnya hingga membiarkan MRT Corp membuat keputusan ‘memalukan’ diri Ismail Sabri kembali?

Dan soalan paling penting, apakah orang Melayu masih lagi buta tidak nampak semua ini di hadapan mata mereka dan masih lagi mahu mengundi Umno-BN?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 3 Jul – Ketika BN kalah pada PRU14 lalu, Presiden UMNO waktu itu, Najib Razak sedang terhimpit rapat dengan skandal 1MDB...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Jul – Di antara 2016 ke 2018, seramai 44,000 sukarelawan telah berkhidmat membantu calon-calon Pakatan Harapan dalam PRU2018. Mereka direkrut,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 30 Jun – Desas-desus UMNO berdepan pergolakan dalaman sudah lama didengari hingga wujud persepsi ada dua kumpulan dominan berusaha menguasai parti...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 29 Jun – Antara perkara yang didedahkan oleh bekas ahli MT yang dipecat, Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang medianya semalam ialah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER