Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Jerman Belasah Itali

Kongsikan Artikel Ini

BERLIN, 15 Jun – Jerman menyamai kemenangan terbesar mereka mengatasi juara Eropah, Itali dengan Timo Werner meledak dua gol ketika menang 5-2 pada saingan Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi.

Keputusan di Moenchengladbach itu menyamai kejayaan 5-2 Jerman mengatasi Azzurri di Stadium Olimpik Berlin pada 1939.

Kapten Jerman, Manuel Neuer berkata keputusan itu “pencapaian penting” buat tuan rumah.

“Anda boleh katakan hari ini bahawa kami mahu mendominasi,” katanya.

Gol awal Joshua Kimmich dan penalti Ilkay Gundogan di Borussia Park meletakkan Jerman 2-0 di depan sebelum jaringan terus terjadi pada awal babak kedua.

Thomas Mueller meledak gol ke-44 buat Jerman pada penampilan ke-116 dalam karier antarabangsanya sebelum Werner dua kali menemui sasaran dalam tempoh yang pantas.

Gol saguhati Itali hadir pada lewat permainan menerusi penyerang berusia 18 tahun, Wilfried Gnonto dan Alessandro Bastoni.

“Kami bermain bola sepak yang sangat bagus dan berhak menang,” kata Gundogan.

“Jika kami bermain seperti yang kami lakukan hari ini, banyak pasukan akan berdepan kesukaran menentang kami.”

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Jul – Gaji baharu 400,000 pound (RM2.13 juta) seminggu Mohamed Salah di Liverpool menjadikannya antara pemain bola sepak termahal di...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Jul – Penggempur sensasi Liverpool, Mohamed Salah mengakhiri teka-teki dalam kalangan para penyokong The Reds apabila melanjutkan khidmat bersama kelab...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 2 Jul – Novak Djokovic dan Carlos Alcaraz semakin menghampiri pertembungan antara dua generasi di Wimbledon, manakala saingan wanita menyaksikan hanya...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBUDAPEST, 1 Jul – Gandingan penerjun wanita, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri berjaya menambah koleksi pingat kem terjun negara apabila meraih...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER