Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

‘Hamid Gurkha Sudah Tiada’

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Pelawak legenda, Hamid Gurkha meninggal dunia pada jam 2.11 petang ini.

Allahyarham Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman dilaporkan meninggal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Pelawak yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Allahyarham yang dilahirkan 22 Ogos 1933 di Segambut, Kuala Lumpur dilihat semakin uzur pernah dijangkiti Covid-19 pada Mac lalu.

Allahyarham dan isterinya, Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia.

Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

Hamid bersama pelawak Jamali Shadat pernah menghasilkan beberapa buah album komedi yang memuatkan sketsa lawak jenaka dan lagu-lagu komedi pada era 70an terbitan Life Records namun tidak meneruskan lagi minatnya itu.

Segelintir syarikat rakaman yang masih gagal menilai harga artis veteran sepertinya.Beliau patah hati untuk merakamkan album kerana ditawarkan harga tidak berpadanan dengan bakat, kebolehan dan pengalamannya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Jul – Selain pemilihan dan penyediaan bahan-bahan yang segar dan bermutu yang menjadikan sesuatu masakan menjadi bualan ramai, aspek kemahiran...

Negeri

Kongsikan Artikel IniHULU SELANGOR, 30 Jun – Tiga individu maut apabila kereta Perodua Myvi dinaiki dipercayai bertembung dengan sebuah treler di hadapan Pusat Perkembangan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 30 Jun – Desas-desus UMNO berdepan pergolakan dalaman sudah lama didengari hingga wujud persepsi ada dua kumpulan dominan berusaha menguasai parti...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBALING, 26 Jun – Tiga beranak yang menaiki sebuah kereta dipercayai terbabas sebelum terjunam ke sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER