Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

MP Wangsa Maju Abadikan Penghormatan Buat Cikgu Ishak Surin

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 12 Jun – “Saya masih ingat pertama kali kami berjumpa, saya dan Cikgu Ishak adalah pada satu dialog sebelum PRU 14. Lokasinya di depan rumah Cikgu sendiri.

“Kehadiran lebih kurang 20 orang saja. Ramai penduduk tak berani hadir, kerana pada masa itu, kita masih pembangkang. Oleh kerana tidak ramai yang hadir, maka kami berpeluang berbincang pelbagai isu secara terbuka dan bebas,” ujar Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew ketika berucap mengenang dan menghargai sumbangan tokoh terkenal, Cikgu Ishak Surin.


Beliau teruja apabila mendapati di kampung yang sederhana dan senyap ini, rupanya terdapat seorang guru yang pemikirannya begitu terbuka dan progresif serta pandangannya mempamerkan kebijaksanaan orang kampung.

Dr Tan menambah, banyak perkara dibangkitkan termasuklah konsep Pembangunan Kampong Warisan dan persefahaman antara kaum.

“Cikgu Ishak merupakan seorang yang kuat pegangannya pada Agama Islam. Walaupun begitu, saya melihat tiada langsung sikap beliau yang membedakan mana-mana agama atau bangsa.


“Beliau selalu melibatkan kaum-kaum lain dalam kebanyakan program dianjurkan. Saya memuji usaha-usaha beliau mempromosikan persefahaman antara kaum-kaum dalam komuniti kita,” jelasnya lagi ketika merasmikan majlis pelancaran buku berjudul ‘Biografi Politik & Pemikiran Ishak Surin’, di sini pada Khamis.

“Negara kita sedang menghadapi banyak cabaran. Ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya dari pandemik Covid.

“Tambahan pula, perang di Ukraine dan ketidakstabilan kerajaan terus merosotkan ekonomi kita. Harga barangan semakin naik, khususnya makanan, kilang-kilang dan ladang-ladang kelapa sawit tidak dapat beroperasi disebabkan kekurangan pekerja. Industri pelancongan masih terus menunggu pelancong dari luar negara,” kata beliau.


Yang turut hadir, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai serta pemimpin masyarakat tempatan.

Menurut Dr Tan, untuk negara kita menghadapi cabaran-cabaran tersebut, kita perlu memilih pemimpin-pemimpin yang berpengetahuan dan mempunyai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

“Bukan orang politik yang hanya pandai cakap, pandai bermain sentimen perkauman tetapi kepalanya kosong. Kita juga perlu membina satu suasana yang kondusif untuk membangunkan semula aktiviti ekonomi.

“Tidak lama lagi kita akan mengadakan Pilihan Raya Umum. Sudah tentu isu perkauman dan agama akan kembali dimainkan. Saya menyeru penduduk Wangsa Maju supaya jangan benarkan puak-puak politik bermain isu-isu perkauman dan agama sehingga ia mengganggu aktiviti ekonomi dan menjejaskan kemajuan negara,” jelas beliau lagi.

Beliau berpandangan, pada ketika itu negara akan memerlukan lebih ramai pemimpin seperti Cikgu untuk membawa negara kita ke landasan yang betul.


“Malam ini saya memberikan setinggi-tinggi penghormatan kepada Cikgu Ishak atas segala jasa dan baktinya kepada masyarakat Wangsa Maju, ujar beliau bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan Cikgu Ishak.

Pada majlis tersebut, Dr Tan turut membeli 200 naskah buku berkenaan untuk diserahkan kepada pihak sekolah dan universiti tempatan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Jul – Selain pemilihan dan penyediaan bahan-bahan yang segar dan bermutu yang menjadikan sesuatu masakan menjadi bualan ramai, aspek kemahiran...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 3 Jul – Seorang kanak-kanak dan bapanya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Jul – Rayuan ikhlas pengasas Ayuh Malaysia, Rafizi Ramli kepada seluruh rakyat Malaysia bukan saja mendapat respon segera daripada...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 2 Jul – Seorang lelaki dipukul tiga individu kerana memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan di Lebuh...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER