Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

Mahasiswa Diseru Pupuk Rasa Kasih Sayang, Hormati Masyarakat – Aminuddin

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 12 Jun – Para mahasiswa diseru agar memupuk budaya kasih sayang dan menghormati masyarakat dalam kehidupan seharian.

Itu amanat Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun kepada mahasiswa dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang menyedari golongan tersebut merupakan bakal pemimpin dan mampu menentukan hala tuju negara pada masa akan datang.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Khidmat Masyarakat Sekretariat Mahasiswa Negeri Sembilan (SEMANIS) “Kempen Sikamat Sihat” di sini pada Sabtu.

“Jadi besarlah harapan saya agar para mahasiswa dapat memupuk rasa kasih sayang serta hormat terhadap masyarakat dengan cara bergaul dan menziarahi saudara mara dan jiran tetangga.


“Itu adalah antara pesan saya kepada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang menyertai Program Khidmat Masyarakat Sekretariat Mahasiswa Negeri Sembilan (SEMANIS) ‘Kempen Sikamat Sihat’,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Aminuddin yang juga ADUN Sikamat menambah, program yang diadakan di Balairaya Taman Rumah Rakyat Sikamat 2, Sikamat mendapat kerjasama daripada pihak Yayasan Negeri Sembilan (YNS).


Antara aktiviti bersama masyarakat yang dijalankan selama tiga hari bermula pada 10 Jun lalu termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, permainan catur dan congkak bersama rakyat, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, sesi kaunseling kepada para pelajar sekolah sekitar Sikamat dan program gotong-royong menanam pokok hijau di kawasan lapang dalam DUN berkenaan.

Pada majlis berkenaan, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan turut menyampaikan sumbangan daripada Pusat Khidmat DUN Sikamat kepada golongan asnaf dari kawasan sekitar bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.


“Seusai majlis, saya sempat meluangkan masa dan berkongsi pandangan bersama mahasiswa yang hadir.

“Perkara seperti cabaran mahasiswa masa kini serta pengalaman-pengalaman lama menjadi topik perbualan kami,” tambahnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua mahasiswa yang menyertai program bersama masyarakat setempat.


Beliau berharap program seperti ini dapat mendekatkan lagi mahasiswa dengan masyarakat seterusnya mampu mewujudkan generasi yang tinggi empati terhadap pelbagai lapisan masyarakat apabila bergelar graduan kelak.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Jul – Selain pemilihan dan penyediaan bahan-bahan yang segar dan bermutu yang menjadikan sesuatu masakan menjadi bualan ramai, aspek kemahiran...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 3 Jul – Seorang kanak-kanak dan bapanya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Jul – Rayuan ikhlas pengasas Ayuh Malaysia, Rafizi Ramli kepada seluruh rakyat Malaysia bukan saja mendapat respon segera daripada...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 2 Jul – Seorang lelaki dipukul tiga individu kerana memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan di Lebuh...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER