KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ibu tiri kepada Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim; Fatimah Fakaruddin meninggal dunia selepas solat Subuh di rumahnya di Kajang, Selangor, pagi tadi.
Dalam catatan di Twitter, Anwar memaklumkan berita duka tersebut serta memohon agar mendoakan roh allahyarhamah yang lebih dikenali dengan nama Tok Bee diberikan tempat terbaik oleh Allah SWT dan urusan keluarga beliau sekeluarga dipermudahkan.
“Ibu tiri saya, Fatimah Fakaruddin (Tok Bee) telah kembali ke rahmatullah pagi tadi selepas Subuh.
“Mohon teman-teman mendoakan ruhnya diberikan tempat terbaik oleh Allah SWT dan urusan keluarga kami dipermudahkan.
“Al Fatihah,” ujar Anwar.
Difahamkan jenazah allahyarhamah akan dimandikan di Masjid Sungai Ramal Luar, Kajang jam 3.30 petang.
Manakala jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar sebentar lagi.
Netizen mula membanjiri laman Facebook rasmi Ahli Parlimen Port Dickson itu sambil mengutus ucapan takziah kepada Anwar sekeluarga.