Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Bukit Bendera Terima Sijil Pengiktirafan UNESCO

Kongsikan Artikel Ini

GEORGE TOWN, 11 Jun – Bukit Bendera hari ini menerima sijil pengiktirafan sebagai tapak rizab biosfera di bawah Program Manusia dan Biosfera (MAB), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan UNESCO pada 15 Sept tahun lepas, telah meluluskan pencalonan Bukit Bendera dengan keluasan 12,481 hektar sebagai tapak rizab biosfera Malaysia yang ketiga, bagi negara.

“Bukit Bendera merupakan salah satu tapak di antara 727 tapak rizab biosfera di dalam ‘The World Network of Biosphere Reserves’ dan pengiktirafan itu mencerminkan komitmen negara amnya dan kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya.

“Komitmen bersama dalam mewujudkan keseimbangan antara penjagaan khazanah alam semula jadi dengan aktiviti pembangunan, melalui pendekatan pembangunan mampan di samping dapat meningkatkan profil tapak tersebut sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa dan pusat kecemerlangan pembelajaran,” menurut KeTSA dalam kenyataan hari ini.

KeTSA dalam kenyataan itu memaklumkan penyertaan Malaysia dalam program MAB bermula pada tahun 2009 melalui pengiktirafan Tasik Chini, Pahang sebagai tapak rizab biosfera pertama di Malaysia dengan keluasan 6,922.97 hektar pada 26 Mei 2009.

Menurut kenyataan KeTSA itu, Banjaran Crocker di Sabah pula telah diiktiraf sebagai tapak rizab biosfera yang kedua di Malaysia pada 12 Jun 2014 merangkumi keluasan 350,584 hektar.

KeTSA berharap dengan pengisytiharan Bukit Bendera sebagai tapak rizab biosfera di bawah program MAB UNESCO ini sebagai galakan kepada kerajaan-kerajaan negeri lain untuk mencalonkan kawasan berpotensi sebagai tapak berkepentingan biodiversiti antarabangsa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Jul – Selain pemilihan dan penyediaan bahan-bahan yang segar dan bermutu yang menjadikan sesuatu masakan menjadi bualan ramai, aspek kemahiran...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 3 Jul – Seorang kanak-kanak dan bapanya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Jul – Rayuan ikhlas pengasas Ayuh Malaysia, Rafizi Ramli kepada seluruh rakyat Malaysia bukan saja mendapat respon segera daripada...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 2 Jul – Seorang lelaki dipukul tiga individu kerana memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan di Lebuh...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER