Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

INSAF Dan KEADILAN Wangsa Maju Sambut Aidilfitri Bersama Anak-Anak Syurga

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Dalam kemeriahan sambutan Aidilfiti yang kwmbali menyinar tahun ini, jangan dilupa pada mereka yang tidak bernasib baik. Perayaan ini memberi peluang kita bergabung dan mengerat silaturahim serta menyantuni golongan istimewa.


Menjunjung prinsip itu, Pertubuhan Kebajikan Insaf Malaysia Technical Relief (INSAF) menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama anak-anak yatim daripada pelbagai pertubuhan, baru-baru ini.


Turut dijemput hadir sebagai tetamu khas adalah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dan Pegawai Khas, Encik Andre Lai serta Timbalan Pengerusi MPN, Encik Onn Abu Bakar.


“INSAF banyak membantu kami di Wangsa Maju ketika musim pandemik. Mengedarkan bakul makanan dan menyantuni golongan yang memerlukan. Mereka (INSAF) turut menaja Lunch Box dan bakul makanan ketika itu,” kata Andre.

Lebih 100 orang anak-anak yatim dari pelbagai institusi menerima duit raya dan hadiah yang disampaikan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

Beliau berbesar hati menyumbangkan RM30,000 kepada INSAF sebagai tanda sokongan kepada NGO yang banyak membantu penduduk setempat.


Meluangkan Masa Bersama Anak Yatim

Sehari sebelumnya, Dr Tan turut meluangkan masa bersama anak-anak di Teratak Ummi, Taman Melewar. Beliau turut menyumbangkan RM1,000 untuk mereka menganjurkan Majlis Rumah Terbuka di Teratak Ummi.

“Lama tidak berjumpa dengan Ummi, saya juga sempat meminta Ummi menulis kepada pejabat saya untuk bantuan-bantuan lain,” kata Dr Tan menerusi hantaran Facebooknya.


Menurut Andre, Hari Raya ini amat bermakna bagi semua orang, bukan saja pada orang islam, tetapi juga semua rakyat Malaysia.

“Aidilfitri ini disambut meriah bukan saja orang melayu (muslim) tetapi semua rakyat Malaysia kerana akhirnya kita semua dapat berjumpa semula dan menyambung silaturahim kembali. Kesempatan ini juga kita gunakan untuk menyantuni golongan yang tidak bernasib baik seperti anak-anak ini,” kata Andre sambil melayan anak-anak yatim mengambil nasi dan lauk-pauk.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Jul – Selain pemilihan dan penyediaan bahan-bahan yang segar dan bermutu yang menjadikan sesuatu masakan menjadi bualan ramai, aspek kemahiran...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 3 Jul – Seorang kanak-kanak dan bapanya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Jul – Rayuan ikhlas pengasas Ayuh Malaysia, Rafizi Ramli kepada seluruh rakyat Malaysia bukan saja mendapat respon segera daripada...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 2 Jul – Seorang lelaki dipukul tiga individu kerana memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan di Lebuh...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER