Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Umno Johor Tolak Spekulasi Bubar DUN – Buat Masa Ini

Kongsikan Artikel Ini

KULAI, 15 Jan – Umno Johor hari ini menolak ‘spekulasi’ berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, yang dikatakan berlaku hari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor Samsolbari Jamali berkata Umno Johor juga tidak membuat sebarang perbincangan mengenai hal itu.

“Tiada, kita belum ada lagi perbincangan, ia hanya satu spekulasi, sesiapapun boleh buat spekulasi, tetapi pada masa sama, seperti biasa Umno dan Barisan Nasional (BN) bekerja terus.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga sekarang, kami kekalkan berkhidmat untuk rakyat dan sehingga sekarang kami tumpukan kepada kerja-kerja Covid-19 dan banjir,” katanya kepada pemberita selepas hadir Program Seminar Pemantapan Jentera PRU15 Parlimen Kulai di Senai, dekat sini hari ini.

Turut hadir pada program secara tertutup itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Johor.

Kerajaan negeri Johor yang kini dipimpin BN, mempunyai kelebihan hanya satu kerusi di Dun susulan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kempas Datuk Osman Sapian, meninggal dunia 21 Disember tahun lalu.

Barisan Nasional kini mempunyai 16 kerusi, Bersatu (11), Pas (satu) dengan 28 kerusi manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi dari keseluruhan 56 kerusi Dun.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 21 Jan – Menteri Besar, Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar minggu depan bagi memohon perkenan pembubaran...

Copyright © 2021 Media Rania