Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Terence Diminta Buat Laporan Bertulis – DAP Perak

Kongsikan Artikel Ini

IPOH, 15 Jan – DAP Perak meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu memberi laporan bertulis berhubung penahanannya dalam serbuan polis di sebuah restoran di Perai, Pulau Pinang, Khamis lalu.

Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming, berkata laporan lengkap itu diperlukan supaya pimpinan parti baik di peringkat negeri mahupun Pusat dimaklumkan mengenai situasi sebenar yang berlaku.

Beliau juga berkata, pihaknya sudah menghubungi Terence Naidu yang mengesahkan bahawa dia ditahan, Khamis lalu.

“Beliau sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Kita juga sudah meminta beliau mengemukakan laporan bertulis berhubung kejadian itu kepada parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kor Ming berkata, DAP memberi jaminan kepada orang ramai bahawa parti itu memandang serius kelakuan dan integriti setiap wakil rakyatnya.

Beliau turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa DAP memandang serius kelakuan, watak dan integriti wakil rakyatnya.

“Mereka harus menjadi contoh teladan sebagai orang yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin mereka,” katanya.

Semalam media melaporkan, seorang ADUN Perak ditahan bersama 35 individu lain selepas ujian saringan air kencing mereka positif dadah.

Wakil rakyat berusia 50-an itu ditahan di sebuah restoran yang dahulunya adalah kelab malam di Perai, Pulau Pinang pada jam 9 malam Khamis lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Penggal Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri mungkin tidak akan berkekalan kerana beliau tiada wawasan dan karisma...

Copyright © 2021 Media Rania