Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PH Sokong Rais Yatim Minta Azam Baki Bercuti

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Pakatan Harapan (PH) memberikan sokongan kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Rais Yatim yang menggesa Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki supaya bercuti sementara siasatan dijalankan.

Majlis Setiausaha PH berkata, kenyataan Rais menyokong gesaan kuat pelbagai pihak termasuk ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), kumpulan masyarakat sivil dan hampir semua parti politik untuk siasatan penuh dan bebas.

Kenyataan tersebut sekaligus mematahkan hujah Azam untuk ‘membersihkan’ nama dengan cuba memperalat institusi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong apabila beliau berkata perkhidmatannya hanya boleh ditamatkan oleh Tuanku. Perbuatan Azam amat tidak bertanggungjawab kerana cuba mengheret institusi YDP Agong ke dalam masalah dan kemungkinan kesalahan yang dilakukannya. Azam patut tahu lantikan oleh Tuanku tidak memberikan sebarang kekebalan undang-undang daripada kesalahan yang dilakukan.

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

15 Januari 2021

AZAM JANGAN PERALAT INSTITUSI YDP AGONG UNTUK SELAMATKAN DIRI

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menerima baik kenyataan Tan Sri Rais Yatim, Pengerusi Jawatankuasa Mencegah Rasuah (JKMR) dan Presiden Dewan Negara semalam yang menggesa Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicutikan sementara siasatan penuh dan bebas dijalankan berhubung isu berjuta-juta saham dan waran yang dimiliki Azam.

Kenyataan Pengerusi JKMR ini mengukuhkan gesaan tegas dari pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), NGO-NGO dan hampir kesemua parti politik agar siasatan penuh dan bebas dijalankan terhadap Azam, dan agar Azam bercuti atau dicutikan selama mana siasatan tersebut berjalan.

Kenyataan tersebut sekaligus mematahkan hujah Azam untuk ‘membersihkan’ nama dengan cuba memperalat institusi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong apabila beliau berkata perkhidmatannya hanya boleh ditamatkan oleh Tuanku. Perbuatan Azam amat tidak bertanggungjawab kerana cuba mengheret institusi YDP Agong ke dalam masalah dan kemungkinan kesalahan yang dilakukannya. Azam patut tahu lantikan oleh Tuanku tidak memberikan sebarang kekebalan undang-undang daripada kesalahan yang dilakukan.

Oleh itu, Majlis Setiausaha berpandangan Azam kini tiada pilihan lagi kecuali untuk bercuti sehingga selesai kesemua siasatan terhadap beliau. Sekiranya beliau enggan, kami menggesa YAB Perdana Menteri agar mendengar pandangan kesemua pihak yang telah menyuarakan pandangan tentang isu ini, termasuk dari kalangan pemimpin kerajaan, dan mengambil tindakan tegas merehatkan Azam.

Kami turut mengingatkan bahawa isu utama di sini ialah tatakelola dan urustadbir SPRM, dan siasatan penuh wajar dilakukan bukan sahaja terhadap Azam tetapi semua Ketua Pesuruhjaya yang pernah berkhidmat sebelum ini. Oleh demikian, Perdana Menteri harus berhenti dari melindungi atau membela Azam secara langsung atau tidak, kerana Azam berkemungkinan telah bertukar dari penguatkuasa undang-undang anti-rasuah kepada seorang pelanggar undang-undang.

Kami juga menerima baik gesaan pelbagai pihak agar reformasi dan rombakan menyeluruh dibuat terhadap SPRM bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi penting ini, termasuk dengan meletakkan SPRM di bawah Parlimen dan bukan di bawah Perdana Menteri seperti sekarang agar ia boleh menjalankan tugasnya dengan bebas, berperlembagaan dan profesional.

DS Saifuddin Nasution Ismail
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Datuk Wira Dr Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Anthony Loke
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Nelson Anggang
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 21 Jan – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mampu bangkit dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sekiranya gandingan mantap diberi kepercayaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniUNDI18 dan Pendaftaran Pengundi Automatik (AVR) akhirnya dilaksanakan. Dua setengah tahun selepas pindaan perlembagaan bersejarah untuk menurunkan umur mengundi di Malaysia daripada...

Copyright © 2021 Media Rania