Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Negeri Sembilan Terus Catat Pelaburan Memberangsangkan – Aminuddin

Kongsikan Artikel Ini

KUALA PILAH, 15 Jan – Kemakmuran yang dikecapi sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan terus mencatat kejayaan memberangsakan.

Ini dibuktikan apabila sehingga suku ketiga tahun ini, Negeri Sembilan telah berupaya menarik sejumlah RM3.615 bilion nilai pelaburan yang mewujudkan sebanyak 2,665 peluang pekerjaan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berdasarkan rundingan dan komitmen antara pihak kerajaan negeri dan para pelabur, jangkaan sasaran RM5 bilion boleh dicapai dan direalisasikan tahun ini.

“Sebelum ini pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah mencatat nilai pelaburan yang tertinggi pernah dipahat dalam sejarah iaitu sebanyak RM7.93 bilion.

“Ini merupakan peningkatan yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila sebanyak RM3.65 bilion pelaburan dicatatkan pada tahun 2019 dan RM2.86 bilion pada 2018,” ujar beliau.

Pengumuman berkenaan dibuat sempena merafak sembah ucapan tahniah mewakili kerajaan dan rakyat negeri ini sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada Jumaat.

Kecemerlangan Aminuddin selaku Menteri Besar berjaya menarik pelaburan konsisten membuktikan usaha berterusan kerajaan negeri terus membawa kemakmuran kepada rakyat.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania