Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

KEADILAN Wangsa Maju Anjur Gotong-Royong Menjelang Tahun Baharu Cina, Erat Perpaduan Kaum

Kongsikan Artikel Ini

WANGSA MAJU, 15 Jan – Menjelang tibanya sambutan Tahun Baharu Cina dalam tempoh dua minggu lagi, masyarakat Cina setempat telah mula membuat persiapan untuk menyambut perayaan berkenaan.


Salah satu persiapan yang menjadi kelaziman kaum Cina lakukan sebelum menyambut Tahun Baru adalah ‘spring cleaning’ atau pembersihan rumah besar-besaran.


Dalam Bahasa Cina, ia dipanggil 大扫除, secara simboliknya ia bermaksud menyingkirkan segala kekotoran untuk mewujudkan satu pemulaan tahun yang baru.

Atas semangat ini, pasukan Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju pada pagi Sabtu telah menganjurkan ‘spring cleaning’ untuk penduduk di Blok G, Seksyen 2.

Aktiviti selama sehari ini dibuat bersama agensi kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora Berhad dengan kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan bangunan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, inisiatif ini mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat.

“Memandangkan kebanyakan penduduk berada dalam kategori B40, pihak pengurusan tidak mampu untuk mendapatkan khidmat naik taraf yang baik.


“Oleh itu, kami membuat permohonan kepada pihak DBKL untuk turut serta dalam aktiviti gotong-royong sehari suntuk ini.

“Seksyen 2 merupakan kawasan perumahan yang mempunyai populasi masyarakat Cina yang tinggi, maka aktiviti ini juga telah menjadi ‘spring cleaning’ yang amat bermakna,” ujar Andre.


Salah seorang penduduk yang ditemui berkata, ini adalah ibarat ‘spring cleaning’ untuk rumahnya sekali.

“Selama berpuluh tahun saya menetap di Seksyen 2, ini adalah kali pertama kami membuat pembersihan secara gotong royong. Semangat muhibbah dan kemeriahan perayaan dapat dirasai bersama,” dedah Encik Shek.


Aktiviti ini bertujuan untuk membersihkan kawasan yang penuh semak samun di samping masalah longkang yang tersumbat dan pokok-pokok berisiko tinggi.

Menurut Pengerusi Perbadanan Teratai yang menjaga Blok G di Seksyen 2, Encik Yusof meluahkan rasa syukur kepada pihak Ahli Parlimen dan KEADILAN Wangsa Maju kerana menjadikan program gotong royong ini satu kenyataan.


“Terima kasih saya ucapakan kepada Datin Paduka (Dr Tan Yee Kew) dan En Lai atas bantuan berterusan untuk komuniti kami. Saya berharap gotong royong ini boleh menjadi satu aktiviti yang boleh diteruskan dari masa ke semasa,” kata Yusof.

Pada hari yang sama, Andre Lai juga mengadakan kunjungan ke pasar serta kawasan komersil di Seksyen 2 dan Teratai Mewah untuk membuat pengedaran ‘couplet’ 福 yang membawa maksud berkat rahmat.


Pengedaran kertas hiasan amat popular kerana penerima secara simboliknya menerima ‘berkat rahmat’.

Secara rasmi, ini merupakan program pertama jelajah Tahun Baru Cina KEADILAN Wangsa Maju.

Dalam masa dua minggu, Andre akan menjelajah ke seluruh kawasan Wangsa Maju yang lain untuk meneruskan program pengedaran ‘couplet’ dan limau kepada penduduk setempat.


Beliau juga bercadang untuk menjalankan program yang sama di parlimen lain dalam Wilayah Persekutuan atas kapasiti beliau selaku Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan.

Semoga inisiatif sebegini dapat diteruskan dan nama KEADILAN terus mekar di hati rakyat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniKUANTAN, 5 Jan – Kecewa dengan tindakan terlalu perlahan pihak berkuasa membaiki jalan rosak di sepanjang Jalan Beserah, dekat Kuantan, ahli dewan...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniMENTAKAB, 2 Jan – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew bersama kepimpinan KEADILAN Cabang Wangsa Maju turun ke...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniPUTATAN, 30 Dis – Hari ini satu taklimat persediaan menghadapi luruan monsun telah diadakan dan dihadiri 35 wakil Skuad Bencana Alam Parlimen...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 30 Dis – Bantu buat yang memerlukan. Jika anda mempunyai peralatan dapur seperti periuk dan kuali, atau mangkuk dan pinggan,...

Copyright © 2021 Media Rania