Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Putera Andrew Hilang Naungan Diraja

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 14 Jan – Anak lelaki kedua Ratu Elizabeth II, Putera Andrew, tiada lagi gelaran kehormat ketenteraan dan naungan diraja, berkuat kuasa semalam.

Perkembangan dramatik itu menyusul ketika putera terbabit berdepan dakwaan kes serangan seksual di Amerika Syarikat (AS).

Laporan media Britain memetik sumber diraja yang enggan dikenali sebagai berkata, Putera Andrew tidak akan lagi menggunakan gelaran ‘His Royal Highness’ dalam sebarang kapasiti.

Terdahulu, Istana Buckingham mengumumkan Putera Andrew melepaskan gelaran kehormat ketenteraan dan peranan dalam aktiviti kebajikan.

“Duke of York tidak akan meneruskan tugas awamnya, serta mempertahankan kes dihadapi sebagai rakyat biasa,” menurut kenyataan dikeluarkan.

Putera Andrew didakwa melakukan serangan seksual terhadap Virginia Giuffre, 38, ketika wanita itu berusia 17 tahun pada 2001.

Bagaimanapun, putera itu menafikan tuduhan berkenaan.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSINGAPURA, 22 Jan – Kematian pertama berkaitan varian Omicron dilaporkan di negara ini, hari ini melibatkan seorang wanita berusia 92 tahun yang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 21 Jan – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Rai di Filipina telah ‘terlalu dipandang remeh’...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa sekatan yang dilaksanakan di England pada bulan lalu untuk memerangi kes COVID-19 akibat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniWASHINGTON, 21 Jan – Amerika Syarikat akan menganggap sebarang pergerakan Russia ke Ukraine sebagai ‘pencerobohan’, kata Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden....

Copyright © 2021 Media Rania