Sukan

Liverpool ‘Lemau’ Tanpa Salah

epa08085926 Mohamed Salah of Liverpool celebrates with the trophy after winning the FIFA Club World Cup 2019 final soccer match between Liverpool FC and CR Flamengo in Doha, Qatar, 21 December 2019. EPA/ALI HAIDER
Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 14 Jan – Kegagalan Liverpool untuk merobek gawang Arsenal yang beraksi dengan 10 pemain lebih sejam pada separuh akhir pertama Piala Liga hari ini untuk keputusan seri 0-0, mencetuskan kebimbangan nasib Reds jika tanpa khidmat Mohamed Salah.

Bintang Mesir itu akan terlepas beraksi sepanjang bulan ini kerana mempunyai tugasan antarabangsa di Piala Negara-Negara Afrika.

Bagaimanapun terdapat kebimbangan mengenai masa depan penjaring terbanyak Liga Perdana itu ketika kontraknya berbaki 18 bulan lagi dan masih belum ada sebarang persetujuan antara kelab dan pemain itu.

“Saya mahu kekal tetapi ia bukanlah di tangan saya,” kata Salah dalam satu temuramah bersama majalah GQ minggu ini.

“Keputusan terletak di tangan mereka. Mereka tahu apa yang saya mahukan. Saya tidak minta sesuatu yang luar biasa.”

Salah muncul legenda Liverpool sejak menyertai kelab itu dari Roma lima tahun lalu.

Dia menjaringkan 148 gol sepanjang 229 perlawanan, menamatkan penantian 30 tahun kelab itu untuk menjuarai liga selain membantu Reds memenangi trofi Juara-Juara Eropah buat kali keenam.

Salah bakal berusia 30 tahun Jun depan dan pemilik kelab itu, Fenway Sports Group (FSG) cukup berhati-hati jika ingin membayar gaji pemain yang sudah melebihi had umur.

“Salah mahu dibayar gaji sepertimana pemain utama lain di Liga Perdana, jadi mengapa tidak?

“Pemilik kelab tidak akan dimaafkan jika Salah meninggalkan kelab pada musim panas atau 18 bulan lagi,” kata bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher kepada Sky Sports.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version