Nasional

Khairuddin Kena Tendang Kurang Dua Bulan

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Mohd Khairuddin Aman Razali digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat kurang dua bulan selepas dilantik memegang jawatan itu.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan perkara itu, tanpa mengulas lanjut punca sebenar bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu digugurkan.

“Urusan itu dikendalikan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan.

“Mestilah ada alasan (digugurkan), dalam parti kita ada disiplin. Siapa yang tidak ikut (disiplin), dia boleh ditukarkan jawatan, bertugas di tempat lain, digantung keahlian atau boleh dipecat,” katanya menurut laporan.

Hadi berkata, pengguguran mana-mana pemimpin adalah perkara biasa dalam parti itu sama ada diberhenti atau ditukarkan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pas yang diadakan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, kelmarin, katanya.

Pada 23 Nov lalu, Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin tertinggi Pas yang dilantik semula sebagai AJK bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Nasional

Kongsikan Artikel IniBenarkah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, jadi sasaran pihak tertentu yang berdendam terhadapnya dan mahu mencemar bukan sahaja nama baik beliau tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version