Antarabangsa

Dua Rawatan Baharu Dilulus Kekang Omicron – WHO

Geneva, SWITZERLAND: A general view of the World Health Organisation (WHO) Executive board room, on the second day of a three-day global bird flu conference, at the WHO headquarters, in Geneva 08 November 2005. Experts in human and veterinary health met here Tuesday to plan action for containing the spread of bird flu as the perilous poultry disease claimed a further life in Vietnam and inflicted a suspected sixth fatality in Indonesia. AFP PHOTO FABRICE COFFRINI (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)
Kongsikan Artikel Ini

PARIS, 14 Jan – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini meluluskan dua rawatan baharu untuk COVID-19, dalam usaha membendung kes kematian serta sakit teruk akibat virus itu.

Perkembangan itu menyusul ketika penularan varian Omicron menyebabkan lonjakan kemasukan pesakit ke hospital di serata dunia, dengan WHO menjangka separuh daripada Eropah bakal dijangkiti virus berkenaan menjelang Mac depan.

Melalui syor mereka dalam jurnal perubatan Britain, The BMJ, pakar WHO memaklumkan bahawa ubat Baricitinib dalam rawatan artritis, digunakan bersama Kortikosteroid untuk merawat pesakit COVID-19 yang sakit teruk atau kritikal.

Mereka menjelaskan, ia berjaya membawa kepada kadar pemulihan yang lebih baik serta mengurangkan keperluan terhadap alat bantuan pernafasan dalam kalangan pesakit terbabit.

Selain itu, pakar WHO turut menyarankan rawatan antibodi sintetik, Sotrovimab, untuk pesakit COVID-19 yang tidak serius tetapi paling berisiko dimasukkan ke hospital meliputi warga emas, golongan kurang daya imun dan penghidap penyakit kronik seperti diabetes.

Faedah Sotrovimab bagi golongan yang tidak berisiko dimasukkan ke hospital pula dilihat sebagai tiada signifikan.

Namun, WHO menjelaskan bahawa keberkesanannya terhadap varian baharu seperti Omicron, ‘masih belum pasti.’

Setakat ini, hanya tiga lagi rawatan lain sudah diluluskan WHO untuk COVID-19, bermula dengan Kortikosteroid pada September 2020 bagi mereka yang sakit teruk.

Kortikosteroid adalah murah dan mudah diperoleh secara meluas, serta berupaya melawan keradangan yang lazimnya mengiringi kes sakit teruk.

Ubat dalam rawatan artritis, Tocilizumab dan Sarilumab yang diluluskan WHO pada Julai lalu, adalah perencat IL-6 yang bertindak menyekat tindak balas berlebihan sehingga membahayakan oleh sistem imun terhadap virus SARS-CoV-2.

Baricitinib berada dalam kelas ubat berlainan dikenali sebagai perencat Janus kinase, namun diletakkan bawah garis panduan sama dengan perencat IL-6.

“Apabila kedua-duanya sedia ada, pilih satu berdasarkan isu termasuk kos dan pengalaman doktor,” menurut garis panduan itu.

Rawatan antibodi sintetik, Regeneron diluluskan WHO pada September tahun lalu, dan garis panduan terbabit menyatakan Sotrovimab boleh digunakan untuk jenis pesakit yang sama.

Syor WHO untuk rawatan COVID-19, dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan data baharu daripada ujian klinikal.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 20 Jan – Tentera China mengiringi dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) kapal perang yang memasuki perairan berhampiran Kepulauan Paracel...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 19 Jan – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mungkin berdepan undi tidak percaya susulan pendedahan beberapa majlis keramaian yang diadakan di...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniISTANBUL, 19 Jan – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, memberi amaran kepada Russia supaya tidak sesekali menyerang Ukraine, mengingatkan bekas republik Soviet...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniRAMALLAH, 18 Jan – Palestin semalam memberi amaran kepada Israel terhadap tindakannya mengusir keluarga Palestin dari rumah mereka di Baitulmaqdis Timur. “Percubaan...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version