Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Azam Boleh Dipenjara Jika…

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 14 Jan – Veteran DAP, Lim Kit Siang menyatakan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki boleh dipenjara jika enggan hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) Bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata, tindakan itu boleh diambil sekiranya beliau mengingkari sepina Parlimen untuk hadir memberi penjelasan kepada jawatan kuasa itu.

“Azam boleh dipenjarakan kerana menghina Parlimen jika beliau mengingkari sepina Parlimen untuk hadir di hadapan PSC bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari ini untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan konflik kepentingan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin menerusi pekeliling bertarikh 11 Januari lalu kepada sembilan ahli Parlimen menganggotai PSC bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri berkata, satu mesyuarat diadakan pada 19 Januari ini berhubung isu pemilikan saham syarikat membabitkan Azam.

Bagaimanapun, dalam satu sidang media 5 Januari lalu, Azam percaya beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, justeru tidak perlu memberikan reaksi terhadap tuduhan yang dikaitkan dengannya.

Azam juga menyifatkan beliau hanya bertanggungjawab kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), SPRM.

“Saya tak tampil untuk memberi penjelasan kepada pihak awam kerana saya tidak membuat sebarang kesalahan,” katanya.

Menurut Kit Siang, Azam perlu memiliki tanggungjawab yang lebih tinggi kepada Parlimen dan rakyat untuk bersikap jujur dan amanah sebagai orang nombor satu SPRM.

“Azam memperbodoh diri sendiri apabila beliau kata beliau hanya bertanggungjawab kepada LPPR sedangkan beliau memiliki tanggungjawab yang lebih tinggi kepada Parlimen dan rakyat Malaysia untuk bersikap jujur ​​dan amanah ​​sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.

Tambah ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, Akta Kuasa dan Kestimewaan Parlimen 1952 adalah sangat jelas menyatakan Parlimen boleh menghukum seseorang yang mengingkari PSC.

“Azam tidak seharusnya menguji kuasa Parlimen untuk menghukumnya kerana menghina Parlimen jika dia mengingkari sepina PSC bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk hadir pada Rabu depan bagi membersihkan dirinya daripada dakwaan konflik kepentingan.

“Saya telah mengatakan bahawa seluruh kontroversi Azam akan dapat diselesaikan jika Azam bersedia untuk secara sukarela hadir di hadapan PSC bagi membersihkan dirinya daripada dakwaan konflik kepentingan. Mengapa Azam tidak bersedia untuk berbuat demikian?,” ujarnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Copyright © 2021 Media Rania