Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

ADUN Positif Dadah – DAP Perak Tunggu Kenyataan Rasmi

Kongsikan Artikel Ini

IPOH, 14 Jan – DAP Perak enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu bersabit kes positif dadah pada Khamis.

Naib Pengerusi DAP negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata, adalah tidak wajar untuk memberi ulasan memandangkan pihak berkuasa sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan individu yang terlibat.

Menurutnya, setakat ini DAP sendiri masih belum mendapat sebarang laporan lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Saya tidak mahu menafi atau mengesahkan kerana saya sendiri tidak ada maklumat tepat berkaitan kes itu, saya pun hanya dengar-dengar begitu sahaja.

“Jadi saya rasa lebih baik tunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Laporan sebelum ini menyebut, seorang ADUN Perak ditahan bersama 35 individu lain selepas ujian saringan air kencing mereka positif dadah.

Wakil rakyat berusia 50-an itu ditahan di sebuah restoran yang dahulunya merupakan kelab malam di Perai, Pulau Pinang pada jam 9 malam, Khamis.

Difahamkan ADUN Perak yang dimaksudkan adalah daripada DAP.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memaklumkan, ulasan berkaitan kes itu akan diberikan sebaik polis mendedahkan identiti ADUN yang ditahan.

“Tunggu sehingga polis dedahkan identiti ADUN itu, baru saya akan komen,” katanya ringkas kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program pelancaran buku ‘Lim Kit Siang: Malaysian First, Volume One: None But The Bold di Symphony Suites di sini pada Jumaat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, DAP menang 16 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, bagaimanapun tiga daripada mereka telah mengumumkan keluar parti menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) baru-baru ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniNIBONG TEBAL, 18 Jan – Sebanyak 10 buah sekolah yang berada berdekatan dengan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Jalan Byram yang terbakar...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 16 Jan – Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu yang mendakwa...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 15 Jan – DAP Perak meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu memberi laporan bertulis berhubung penahanannya dalam...

Copyright © 2021 Media Rania