Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Suami Isteri Penjawat Awam Kantoi Di Melaka!

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 13 Jan – Lagi kisah palsu-memalsu dikesan. Kali ini ceritanya berlaku di negeri Hang Tuah pula.

Gara-gara tidak mahu terkecuali daripada menerima bayaran bonus tahunan dan dikenakan tindakan tatatertib, sepasang suami isteri yang juga penjawat awam sanggup membeli sijil vaksinasi COVID-19 palsu.

Tindakan pasangan berusia 33 dan 38 tahun yang bertugas di sebuah jabatan sama itu bagaimanapun membawa padah apabila akhirnya berjaya dicekup pihak polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan membeli sijil itu dengan harga RM500 setiap satu menerusi rakan sekerja berusia 58 tahun yang bertindak sebagai orang tengah. “Kegiatan pasangan ini menggunakan sijil vaksinasi palsu mula terbongkar selepas pihak jabatan curiga dengan aplikasi ‘Mysejahtera’ berstatus vaksin lengkap dua dos yang dimiliki mereka sebelum membuat semakan di Klinik Kesihatan Rembia.
“Hasil semakan klinik berkenaan kemudian mendapati kedua-dua mereka tidak pernah menerima apa-apa vaksin sebelum laporan polis dibuat kerana mereka telah menipu pihak jabatan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan lanjut mendapati pasangan itu mengaku membeli dan memuat turun sijil vaksin palsu melalui orang tengah yang merupakan penjawat awam di jabatan sama.

Katanya, pasangan suami isteri serta rakan sekerja berkenaan kemudian ditahan Selasa lalu di sekitar Melaka serta membuat rampasan keatas telefon bimbit kesemua tangkapan selain memburu seorang lagi suspek yang dipercayai penjual sijil vaksinasi itu.

Pasangan yang merupakan kumpulan anti vaksin itu juga sebelum ini pernah tampil membuat laporan polis pada tahun lalu berhubung keengganan mereka menerima suntikan vaksin berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati rakan sekerja yang bertindak sebagi orang tengah itu telah mendapatkan muat turun aplikasi sijil vaksin lengkap dua dos palsu ini daripada suspek yang masih bebas, yang digelar nama ‘Vnilai’.

“Sijil vaksinasi berkenaan juga boleh digunakan untuk mengimbas kod QR bagi memasuki premis perniagaan dan pihak polis sedang memburu suspek lain yang disyaki terlibat,” katanya.

Jelasnya, ketiga-tiga suspek itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Penggal Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri mungkin tidak akan berkekalan kerana beliau tiada wawasan dan karisma...

Copyright © 2021 Media Rania