Negeri

Sarawak Diramal Hujan Berterusan Hingga Sabtu Ini

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu ini.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata ia membabitkan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dan (Waspada) di beberapa kawasan di Sarawak di 10 kawasan.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) hari ini membabitkan 10 kawasan iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Helmi berkata, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dijangka berlaku sehingga Sabtu ini membabitkan tiga kawasan.

Katanya, kawasan itu termasuk Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga); Bintulu (Bintulu dan Sebauh) serta Miri (Subis).

“Angin bertiup kencang dari arah timur laut dan dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPenganalisis melihat gesaan pemimpin Umno agar pilihan raya di Johor diadakan secepat mungkin bukanlah disebabkan parti politik itu semakin kukuh berdasarkan kemenangan...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version