Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

‘RM42.5j Untuk Bekalan Makanan Tetapi Elaun Atlet Dikurangkan’

Kongsikan Artikel Ini

SELAYANG, 13 Jan – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan RM42.5 juta untuk bekalan makanan bermasak bawah Bajet 2022 di sebalik terpaksa mengurangkan elaun untuk atlet atas kekangan belanjawan.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor berkata Institut Latihan KBS diberi RM42.5 juta untuk perkhidmatan bekalan makanan bermasak.

“Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu menegaskan sebanyak RM40 juta lagi diperlukan untuk membolehkan program latihan atlet berprestasi tinggi dapat dilaksanakan seperti yang dirancang sebelum ini.

“Program Podium yang diperkenalkan lima tahun lalu terpaksa ditamatkan pada tahun ini sekali gus memaksa pihaknya untuk ‘mengorbankan’ hampir separuh atlet dalam program berkenaan.

“Persoalannya, adakah penyediaan makanan lebih penting berbanding dengan peruntukan latihan atlet?” katanya.

Chua seterusnya membidas menteri Bersatu itu kerana gagal menggunakan dana awam dengan baik dan hanya memberi tumpuan kepada perkara yang tidak penting berbanding sukan dan atlet.

Perkhidmatan bekalan makanan bermasak adalah peruntukan baru di bawah Bajet 2022. Ia tidak ada pada tahun sebelumnya.

Pada 18 Disember tahun lalu, menteri itu dilaporkan berkata kementeriannya bercadang untuk mendapatkan pembiayaan RM40 juta bagi meneruskan program persiapan atlet seperti Program Podium yang dihentikan bagi 2022.

Sebelum ini, dilaporkan 144 atlet negara digugurkan kerana kekurangan bajet. Majlis Sukan Negara yang dipengerusikan oleh Ahmad Faizal kemudian menjelaskan jumlah sebenar ialah 253 orang.

Antara mereka yang digugurkan ialah penerjun negara dan juara dunia 2017 Cheong Jun Hoong, yang akhrnya memutuskan untuk bersara sepenuhnya daripada sukan itu.

Langkah itu telah mendorong beberapa atlet berprofil tinggi untuk mengumumkan persaraan mereka juga.

Atlet acara lari berpagar kebangsaan, Rayzam Shah Wan Sofian turut mendedahkan elaun bulanannya dikurangkan daripada RM2,000 kepada RM800.

Tindakan MSN itu dikritik oleh atlet lain seperti pemain skuasy negara Low Wee Wern dan Persekutuan Silat Kebangsaan.

Pada 10 Januari lalu, Ahmad Faizal dilaporkan berkata kementerian bukan berindak kejam tetapi hanya “berbelanja mengikut kemampuan” ketika wabak Covid-19 berterusan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Penganjur perhimpunan #TangkapAzamBaki memaklumkan, himpunan itu tetap diteruskan di lokasi baru esok, selepas polis mengumumkan penutupan semua...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Copyright © 2021 Media Rania