Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Enam Individu Akhirnya Kena Reman

Kongsikan Artikel Ini

KUALA TERENGGANU, 13 Jan – Enam lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu.

Perintah reman ke atas semua suspek berusia 35 hingga 57 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud, berkata reman ke atas semua suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, semua suspek ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Terengganu malam tadi.

“Penahanan suspek susulan laporan polis dibuat oleh mangsa yang mendakwa tidak menerima sijil itu walaupun sudah membuat pembayaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, suspek utama yang juga seorang doktor swasta berusia 51 tahun yang ditahan pada Sabtu lalu direman selama tiga hari sehingga Selasa.

Bagaimanapun, reman suspek ditambah dua hari lagi sehingga hari ini dan suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan pendakwaan.

Media sebelum ini melaporkan, polis Terengganu membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (temu janji) vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan suspek pada Sabtu lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Penggal Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri mungkin tidak akan berkekalan kerana beliau tiada wawasan dan karisma...

Copyright © 2021 Media Rania