Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Azam Kena Sapina Hadir Mesyuarat PSC Rabu Depan

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Satu sapina telah dikeluarkan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki untuk hadir ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari ini.

Ia berhubung dakwaan pemilikan saham Azam dalam dua buah syarikat sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

“Kami diberitahu bahawa setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha telah menulis surat memintanya menghadiri mesyuarat itu pada Rabu depan,” kata ahli PSC, Chan Foong Hin kepada Malaysiakini dalam kiriman mesej.

Chan ketika ditanya sama ada PSC turut memanggil Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, Abu Zahar Ujang, berkata dia difahamkan hanya Azam akan hadir ke mesyuarat itu.

“Setahu saya, hanya Azam yang dipanggil ke mesyuarat PSC.

“Terdapat peruntukan dalam Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 untuk menetapkan perintah kehadiran mana-mana saksi,” katanya ketika ditanya sama ada Azam mengesahkan akan menghadiri mesyuarat itu Rabu depan.

Menurut Chan, sebelum ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi juga telah memanggil Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Di bawah Seksyen 16 Akta tersebut, Majlis dan mana-mana jawatankuasa yang diberi kuasa sewajarnya dengan perintah Majlis untuk memanggil orang-orang, dokumen, atau kertas, boleh memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapan Majlis atau di hadapan jawatankuasa itu, dan mengemukakan apa-apa kertas, buku, rekod, atau dokumen dalam milikan atau di bawah kawalan orang itu.

Chan berkata, PSC sebelum ini, yang dipengerusikan oleh ahli parlimen Kuala Krai (PAS), Abdul Latiff Abdul Rahman tidak membentangkan laporan mesyuarat dengan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanapun mesyuarat kali ini mungkin berbeza.

Chan menambah, PSC mungkin merangka laporan susulan pertemuannya dengan Azam.

Sementara itu, seorang lagi ahli PSC, William Leong, berkata laporan PSC akan dibentangkan di Dewan Rakyat selepas siasatan berhubung pemilikan saham Azam selesai.

Leong yang juga ahli parlimen Selayang dari PKR berkata, sebarang cadangan berkaitan pemilikan saham itu hanya boleh dilakukan selepas siasatan.

“Laporan jawatankuasa dibentang di Dewan Rakyat kepada semua ahli Parlimen dan rakyat boleh mendapat maklumat daripada laporan berkenaan,” kata Leong kepada Sinar Harian semalam.

Azam menjadi bualan baru-baru ini selepas timbul dakwaan bahawa dia memiliki saham dalam dua syarikat pada 2015.

Menurut laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016. Ketika itu, Azam merupakan pengarah bahagian siasatan SPRM.

Ahli parlimen pembangkang menuntut isu melibatkan pemilikan saham Azam dirujuk kepada jawatankuasa parlimen kerana badan pemantau SPRM gagal menangani isu itu dengan sewajarnya.

Desakan ini dibuat selepas Abu Zahar membersihkan Azam daripada sebarang salah laku pada 5 Januari lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Pemerhati kesihatan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengadakan pilihan raya umum (PRU) sehingga situasi Covid-19 semakin...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 18 Jan – Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh Malaysia...

Nasional

Kongsikan Artikel IniBenarkah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, jadi sasaran pihak tertentu yang berdendam terhadapnya dan mahu mencemar bukan sahaja nama baik beliau tetapi...

Copyright © 2021 Media Rania