Anak Muda

Akta Perhimpunan Aman Senjata Sekat Suara Anak Muda

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 13 Jan – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Yuneswaran Ramaraj mendakwa kerajaan sekali lagi menggunakan Akta Perhimpunan Aman (PAA) untuk menyekat suara anak muda.

Sebelum ini Ketua AMK Malaysia yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir serta beberapa pimpinan AMK antaranya Ketua AMK Wilayah Persekutuan, P.Prabakaran yang juga Ahli Parlimen Batu, Naib Ketua AMK Malaysia Thiban Subbramaniam serta Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menjalankan konvoi protes di Putrajaya atas isu salah laku Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Menurutnya penggunaan akta ini menjadi persoalan kerana ia jelas bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang hak bersuara rakyat Malaysia.

Walaupun Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 pernah dipinda pada tahun 2019 dengan mengurangkan notis makluman pada pihak berkuasa namun begitu, penggunaan akta ini dilihat lebih menindas dan seolah-olah hanya ingin mendiamkan suara rakyat tentang isu semasa negara.

Beliau juga merujuk kepada Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang dikompaun sebanyak RM 2,000 di bawah akta yang sama apabila meganjurkan program memperingati mereka yang terkorban akibat Covid19.

“Akta ini digazetkan ekoran perhimpunan Bersih 3 yang mengganggu hak orang lain dan mendatangkan kerosakan harta-benda awam. Dalam akta ini juga mengandungi 6 bahagian  iaitu Bab I: Permulaan, Bab II: Hak untuk Berhimpun Secara Aman, Bab III: Tanggungjawab Penganjur, Peserta dan Polis, Bab IV: Kehendak dalam Menganjurkan Perhimpunan, Bab V: Penguatkuasaan dan Bab VI: Pelbagai.” Jelas beliau.

“Jika kita lihat berdasarkan setiap seksyen dalam APA 2012 ini akta ini hanya boleh digunakan jika ia telah mengganggu hak orang lain. Jadi hak siapa yang telah terganggu menyebabkan akta ini sering digunakan untuk mendiamkan para aktivis?”

“Adakah kerana segelintir individu yang berada di tampuk kuasa tidak senang dengan suara-suara yang mempersoalkan kepincangan sistem dalam negara ini? Jika benar begitu ini sangat bertentangan dengan Perkara 10 dan penggunaan akta ini juga tidak selari dengan Artikel 5 Konvensyen Antarabangsa yang ditandatanagi Malaysia iaitu hak untuk menyertai perhimpunan aman dan pertubuhan.”

Beliau juga meminta barisan jemaah Menteri dan ahli parlimen pihak kerajaan serta  pembangkang bersatu hati dalam menggubal pindaan akta ini.

Yuneswaran juga berkata beliau pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM6 ribu pada tahun 2013 walapun beliau bukan penganjur black505. Akta ini perlu dikaji semula supaya tidak menjadi ‘punch bag’ untuk mana-mana pihak menggunakannya atas alasan membungkam suara-suara yang tertindas.

“Benar kebebasan bersuara perlu ada batasnya, namun apabila suara digunakan untuk mempertahankan prinsip keadilan serta masyarakat yang tertindas ia tidak sepatutnya digunakan dalam konteks ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version