Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

6 Daripada 10 Rakyat Percaya Demokrasi Makin…

FILE - In this April 15, 2021, file photo, President Joe Biden speaks in the East Room of the White House in Washington. No nation offers asylum or other protections to people displaced because of climate change. Biden’s administration is studying the idea, and climate migration is expected to be discussed at his first climate summit. (AP Photo/Andrew Harnik, File)
Kongsikan Artikel Ini

WASHINGTON, 13 Jan – Tinjauan pendapat umum menunjukkan enam daripada 10 rakyat Amerika Syarikat (AS) percaya demokrasi negara itu kini dalam bahaya dan akan tumbang.

Itu adalah hasil dapatan tinjauan yang dikeluarkan hari ini, setahun selepas penyokong bekas Presiden AS, Donald Trump, merusuh di bangunan Capitol, Washington.

Tinjauan dilakukan Universiti Quinnipiac itu juga mendapati 76 peratus berpendapat ketidakstabilan politik dalaman di AS mengundang bahaya yang lebih besar berbanding ancaman asing.

Majoriti mereka dalam tinjauan itu atau 58 peratus berpendapat demokrasi negara berada dalam bahaya keruntuhan manakala 37 peratus tidak bersetuju.

Sementara itu, 53 peratus responden menjangkakan perpecahan politik di negara itu akan bertambah buruk dalam hayat mereka.

Mengenai kemungkinan serangan lain di AS seperti yang berlaku di Kongres, sebanyak 53 peratus daripada mereka percaya ia akan berlaku dan berkemungkinan besar akan terjadi.

Sebanyak 61 peratus menyokong siasatan dilaksanakan ke atas kes rusuhan di bangunan Capitol, yang mana satu jawatankuasa khas Dewan Rakyat mula menyiasat kes pada 6 Januari tahun lalu itu.

Sebanyak 83 peratus ahli Demokrat menyokongnya dan 60 peratus Republikan menentang siasatan itu.

Tinjauan itu juga membawa berita buruk kepada Presiden, Joe Biden, apabila hanya 33 peratus responden menyokong kerja yang dilaksanakannya.

Sebanyak 53 peratus berkata mereka tidak bersetuju dengan tindakan Presiden manakala 13 peratus tidak mempunyai pendapat.

November lalu, dalam satu tinjauan pendapat dilaksanakan Quinnipiac, Biden mendapat 38 peratus menyokong usaha dilakukannya.

Menurut Quinnipiac, tinjauan di seluruh negara membabitkan 1,313 orang dewasa AS dijalankan antara 7 dan 10 Januari lalu dengan julat ralat lebih kurang 2.7 peratus.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 20 Jan – Tentera China mengiringi dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) kapal perang yang memasuki perairan berhampiran Kepulauan Paracel...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 19 Jan – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mungkin berdepan undi tidak percaya susulan pendedahan beberapa majlis keramaian yang diadakan di...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniISTANBUL, 19 Jan – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, memberi amaran kepada Russia supaya tidak sesekali menyerang Ukraine, mengingatkan bekas republik Soviet...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniRAMALLAH, 18 Jan – Palestin semalam memberi amaran kepada Israel terhadap tindakannya mengusir keluarga Palestin dari rumah mereka di Baitulmaqdis Timur. “Percubaan...

Copyright © 2021 Media Rania