Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

SPR: 1.2 Juta Tambahan Undi18 Selepas Daftar Pemilih Automatik Dilaksana

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kira-kira 1.2 juta tambahan pengundi berumur antara 18 dan 21 berikutan pelaksanaan penuh sistem pendaftaran pemilih automatik tidak lama lagi.

SPR berjaya menyelesaikan sistem bagi membolehkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas mengundi, yang akan menyaksikan penambahan 5.8 juta pengundi pada mana-mana pilihan raya yang dipanggil selepas 16 Januari.

“Daripada 5.8 juta pengundi baharu, terdapat kira-kira 1.2 juta daripada blok Undi18, manakala selebihnya adalah 21 dan ke atas,” kata Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom

Memetik laporan Malay Mail beliau berkata langkah itu juga akan meningkatkan jumlah pemilih berdaftar di Malaysia sekitar 40 peratus daripada 15.8 juta sekarang kepada 21.1 juta pemilih.

Katanya, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas — kecuali mereka yang berada di penjara dan hospital mental — boleh menyertai sebarang pilihan raya tanpa perlu melalui proses pendaftaran manual.

Azmi bagaimanapun menggesa pengundi yang layak memastikan alamat berdaftar pada kad pengenalan atau MyKad adalah terkini bagi mengelak sebarang bantahan apabila mereka menyertai pilihan raya.

“Anda hanya boleh log masuk ke MySPR Semak, untuk menyemak semula kelayakan anda dalam talian,” katanya.

“Apa yang anda perlu lakukan ialah memasukkan nombor kad pengenalan anda dan anda akan dapat melihat butiran anda bersama-sama dengan daerah mengundi, kawasan pilihan raya, dan sebagainya.

Menurut Azmi, sistem automatik itu membantu SPR menjimatkan masa apabila menambah pengundi baharu yang layak dalam daftar pemilih.

“Kali lepas proses itu mengambil masa tiga bulan tetapi kini proses baharu dilakukan setiap bulan,” katanya.

Menurutnya, SPR secara automatik akan menambah pemilih baharu yang layak berumur 18 tahun ke dalam daftar pemilih pada 16 haribulan setiap bulan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 22 Jan – Memandangkan pentingnya memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Peserta himpunan mula memenuhi pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa jalan utama sekitar Bangsar di sini mulai sesak selepas ratusan kenderaan menuju ke kawasan itu dilencongkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 21 Jan – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mampu bangkit dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sekiranya gandingan mantap diberi kepercayaan...

Copyright © 2021 Media Rania