Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Rakyat Seharusnya Dibela Bukan Dibiar Derita – Abdul Halim

PENANG 09/08/18: Batu Maung Assemblymen Datuk Abdul Halim Hussain speaks to the press here at State Assembly Building. PICTURE BY SAYUTI ZAINUDIN
Kongsikan Artikel Ini

BAYAN BARU, 12 Jan – Rakyat sekali lagi akan dibebankan dengan kadar tarif elektrik yang baharu, bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga setelah dibebani dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, kini terbeban pula dengan beban baru oleh kerajaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain, rakyat seharusnya diberi pembelaan kerana kos sara hidup yang tinggi serta membebankan mereka ekoran wabak Covid-19 dan juga musibah banjir teruk yang melanda baru-baru ini.

“Ekoran kelemahan kerajaan, akhirnya kini rakyat pula menjadi mangsa dengan pelbagai bebanan sedangkan yang menimbulkan masalah kepada kerajaan adalah syarikat-syarikat korporat.

” Penindasan demi penindasan yang dilakukan sehingga menyebabkan rakyat seolah-olah tidak mampu bernafas lagi tidak di sedari, sedangkan bil elektrik yang rakyat punyai masih lagi belum dapat dilangsaikan.

” Apakah jaminan kerajaan dengan pengumuman tarif elektrik yang baharu tidak lama lagi ianya tiidak akan membebankan rakyat sepertimana yang didakwa oleh Menteri terbabit,” soal beliau ketika dihubungi.

Malah katanya, kerajaan didesak supaya menangguhkan dahulu kenaikan kadar tarif elektrik tersebut sepertimana yang telah direncanakan.

Pada Ahad yang lalu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika hadir di Majlis penyampaian sumbangan kepada persatuan, badan bukan kerajaan dan kelab di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu telah menyatakan kerajaan akan mempertimbangkan semula kadar tarif elektrik negara ini bagi tempoh 2022 hingga 2024 bagi mengurangkan beban rakyat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPenganalisis melihat gesaan pemimpin Umno agar pilihan raya di Johor diadakan secepat mungkin bukanlah disebabkan parti politik itu semakin kukuh berdasarkan kemenangan...

Copyright © 2021 Media Rania