Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Projek Bina Jambatan Ke Kubur Jadi Keutamaan – Aminuddin

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 12 Jan – Projek pembinaan semula jambatan yang menghubungkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Rotan di Jelebu akan menjadi keutamaan untuk disiapkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya memandang serius masalah yang dihadapi penduduk di kampung berkenaan susulan kerosakan jambatan tersebut sehingga satu jenazah terpaksa diusung menyeberangi sungai baru-baru ini.

“Terdapat dua jambatan di kampung itu yang menghubungkan kawasan perkuburan dan kebun.

“Pembinaan jambatan pertama bermula 2 Ogos dan siap pada 26 September dengan kos RM80,000, tetapi mengalami hakisan teruk disebabkan banjir pada 19 Disember lalu,” katanya ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.


Menurut Aminuddin, jambatan kedua iaitu yang tular baru-baru ini telah roboh sejak Mei tahun lepas dan sebut harga untuk kerja pembinaan jambatan mula dibuka pada 2 Ogos dan ditutup pada 17 Ogos tahun sama.

“Pembinaan jambatan kedua bermula pada 1 November lalu dan dijangka siap pada 21 Januari ini, namun disebabkan banjir kerja-kerja pembinaan jambatan kedua terpaksa ditangguhkan.

“Saya sudah arahkan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu supaya projek pembinaan jambatan ini menjadi keutamaan untuk disiapkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat dua tanah perkuburan Islam dalam jarak lingkungan 10 kilometer berhampiran Kampung Sungai Rotan.

“Penduduk boleh ke tanah perkuburan itu tanpa melalui jambatan yang roboh, tetapi mungkin jenazah mahu dikebumikan kawasan berkenaan,” katanya.

Media pada Selasa melaporkan penduduk di Kampung Sungai Rotan di sini terpaksa mengusung jenazah dengan menyeberangi sungai selepas jambatan yang menghubungkan tanah perkuburan runtuh akibat banjir baru-baru ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Jul – Selain pemilihan dan penyediaan bahan-bahan yang segar dan bermutu yang menjadikan sesuatu masakan menjadi bualan ramai, aspek kemahiran...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIPOH, 3 Jul – Seorang kanak-kanak dan bapanya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Jul – Rayuan ikhlas pengasas Ayuh Malaysia, Rafizi Ramli kepada seluruh rakyat Malaysia bukan saja mendapat respon segera daripada...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 2 Jul – Seorang lelaki dipukul tiga individu kerana memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan di Lebuh...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER