Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Lima Saksi Sedia Tampil Kes Sijil Vaksin Palsu

Kongsikan Artikel Ini

KUALA TERENGGANU, 12 Jan – Beberapa individu termasuk mereka yang pernah mendapatkan perkhidmatan sijil vaksinasi Covid-19 palsu dari sebuah klinik swasta di Marang bersedia menjadi saksi kes.

Ketua Polis Terengganu, Rohaimi Md Isa berkata, semua mereka juga tampil secara sukarela bagi membantu siasatan kes penjualan sijil vaksinasi Covid-19 itu.

Beliau berkata, setakat ini, siasatan kes berkenaan berjalan lancar dan pihaknya bekerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) untuk membuat semakan menerusi MySejahtera.

“Buat masa ini, lima saksi memberi persetujuan untuk menjadi saksi dalam kes ini, mereka mengaku tidak divaksin tetapi sudah pun menerima pengesahan divaksin dan divaksin untuk dos pertama.

“Ada antara mereka ini memberi persetujuan melalui telefon dan mengaku baru menerima suntikan pertama dan kita akan buat semakan selepas ini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini.

Beliau juga berharap lebih ramai individu tampil secara sukarela bagi membantu siasatan kerana pihaknya tidak mampu mengesan kesemua yang terbabit dalam kes itu.

Terdahulu, Rohaimi menyaksikan majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis (TKP) Terengganu antara mantan TKP Senior Asisten Komisioner (SAC) Norhalid Kimi dan TKP baharu SAC Wan Rukman Wan Hassan.

Media sebelum ini melaporkan, polis berjaya membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (janji temu) vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan suspek Sabtu lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 22 Jan – Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dilaporkan mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim petang ini. Sumber...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Jan – Penggal Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri mungkin tidak akan berkekalan kerana beliau tiada wawasan dan karisma...

Copyright © 2021 Media Rania