Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Klopp Kekalkan Skuad Hadapi Arsenal

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 12 Jan – Jurgen Klopp membuat keputusan untuk mengekalkan kesebelasan The Reds menjelang aksi separuh akhir pertama Piaa Liga berdepan Arsenal di Anfield pada Jumaat.

Menurut bos Liverpool itu, kesebelasan yang diturunkan ketika menewaskan Shrewsbury 4-1 dalam saingan Piala FA Ahad lalu telah mempamerkan aksi terbaik.

Justeru, Klopp tidak menolak dan kesebelasan sama diyakini mampu mengulangi kemungkinan besar kesebelasan sama diturunkan pada aksi separuh akhir berkenaan.

“Setelah menewaskan Shrewsbury, kita yakin barisan pemain yang bakal beraksi nanti mampu memberikan tentangan sengit dalam usaha mencapai kemenangan.

“Oleh itu, kita akan susun pemain-pemain terbaik kita untuk diturunkan pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Untuk rekod, hasil kemenangan berkenaan menyaksikan The Reds mara ke pusingan keempat dan dijadualkan berdepan Cardiff City, Februari depan.

Sementara itu, Klopp berkata, beliau mengesyaki keputusan ujian Covid-19 yang dilakukan ke atas The Reds minggu lalu sebagai keputusan palsu.

Menurut Klopp, laporan berhubung peningkatan jumlah kes secara tiba-tiba dalam skuad kendaliannya itu telah menimbulkan persoalan mengenai ujian yang dijalankan.

“Minggu lalu, semua pemain Liverpool telah menjalani ujian Covid-19 dan disyaki kebanyakannya telah mendapat keputusan palsu kerana hanya Trent Alexander-Arnold merupakan satu-satunya pemain yang disahkan positif Covid-19.

“Oleh kerana laporan palsu itu, ramai pemain yang tidak dapat beraksi pada aksi pusingan ketiga Piala FA berdepan Shrewsbury Ahad lalu hingga kita putuskan untuk menurunkan sebahagian besar pemain muda untuk beraksi.

“Biarpun menurunkan pemain muda, kita masih mampu mempamerkan aksi terbaik dan mencatatkan kemenangan bagi mengesahkan kemaraan ke pusingan keempat,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniWATFORD, 22 Jan – Norwich melonjak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali musim ini selepas dua gol...

Sukan

Kongsikan Artikel IniMANCHESTER, 21 Jan – Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal...

Sukan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Jan – Gambar profil di laman sosial Facebook Lee Zii Jia mungkin menggambarkan apa yang bermain di lubuk hati...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Copyright © 2021 Media Rania