Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Kim Jong-un Terus Cabar Amerika Syarikat

Kongsikan Artikel Ini

SEOUL, 12 Jan – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mahu pasukan tentera strategik negara ditingkatkan selepas menyaksikan pelancaran peluru berpandu balistik di negara itu, kelmarin.

Lapor Reuters, peluru berpandu balistik itu dilancarkan buat kali pertama selepas tempoh dua tahun lalu.

Pelancaran itu juga merupakan kali pertama sejak Mac 2020, Jong Un menyaksikan ujian tersebut.

Pelancaran itu juga menjadi tajuk muka depan akhbar Rodong Sinmun di Korea Utara yang turut menyiarkan gambar Jong Un.

Selepas menyaksikan sendiri ujian itu, Jong Un menggesa saintis tentera ‘mempercepatkan lagi usaha membina pertahanan tentera strategik negara secara berterusan daripada segi kualiti dan kuantiti serta menambah baik aspek ketenteraan.


Selasa lalu, Korea Selatan dan Jepun berjaya mengesan pelancaran peluru berpandu balistik itu sehingga menimbulkan kecaman oleh pihak berkuasa di seluruh dunia.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Gutierres turut menzahirkan kebimbangan mengenai pelancaran tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berisiko Korea yang memantau Korea Utara, Chad O’Carroll berkata, perkembangan itu menunjukkan Jong Un tidak bimbang dikaitkan secara peribadi dengan ujian teknologi baharu tersebut serta tidak peduli bagaimana Amerika Syarikat melihat perkara itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniALMATY, 4 Jul – Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev semalam mengesahkan terdapat korban dalam kalangan orang awam dan pegawai penguatkuasa undang-undang selepas protes...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMOSCOW, 3 Jul – Kedudukan sama ada wilayah Luhansk kini berada di bawah kawalan Moscow sepenuhnya, lapor Agensi Anadolu, masih belum dapat...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniJAKARTA, 2 Jul – Indonesia dan Russia bersedia untuk bekerjasama menerusi beberapa projek walaupun Barat meminggirkan Russia kerana menceroboh Ukraine. Seorang pegawai...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 1 Jul – Ukraine mula mengeksport bekalan elektrik ke Eropah pada Khamis, kata Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal. “Eksport elektrik dari...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER