Pendapat

Jujur Dan Berintegriti – Bila Bekas Ketua SPRM Menangis Di New York

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 13 Jan – Ingatkah kita kepada Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull, apabila meletakkan tekad menyiasat dan mendedahkan skandal SRC International Sdn Bhd beberapa tahun yang lalu.

Beliau diekori serta dijejak hingga ke luar negara serta diugut seolah-olah seperti menyaksikan babak dalam filem aksi.

Mohd Shukri menempuhi jalan yang berliku hanya kerana memilih untuk jujur dalam melaksanakan tugasnya ketika itu.

Beliau bersama Tan Sri Abu Kassim Mohamad berjuang bersungguh-sungguh untuk menyiasat dan dapatkan balik wang rakyat yang dicuri tetapi kesudahannya, mereka pula dituduh pembelot.

“Saya terpaksa melarikan diri ke Washington, Amerika Syarikat. Sampai di sana pun ada orang ekori saya, memaksa saya lari ke New York pula.

“Bayangkan, saya menangis macam budak-budak di New York, di depan Mat Saleh di sana. Saya terlalu sedih kerana sayangkan SPRM, saya rasa sangat bersalah,”katanya.

Beliau yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, bersama Tan Sri Abu Hassan, menemui ramai menteri dengan harapan ada sesuatu yang dapat dilakukan mereka.

“Saya bukan sesiapa, saya tak ada kepentingan pun. Saya dan Tan Sri jumpa begitu ramai menteri dan suarakan kebimbangan serta maklumat yang kami ada. Kami cuba yakinkan mereka, kes 2.6 bilion ini bukan kisah dongeng,” katanya.

Namun lain pula dengan kisah sekarang apabila Azam Baki tergamak ‘menyusahkan’ SPRM dengan kisah pembelian saham si adik menggunakan akaunnya yang jelas melanggar undang-undang.

Jauh bezanya antara Shukri Abdull dengan Azam Baki, macam New York dengan Kampala!

– Pemerhati bebas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBINTULU, 19 Jan – Semakin hari kerajaan seumpama gagal mengendalikan negara Malaysia. Apakah itu sudah jelas menunjukkan bahawa kita sanggup berada di...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 16 Jan – Ada dua kategori pemimpin atau Perdana Menteri yang perlu, bahkan wajib untuk dijatuhkan. Kategori pertama, Perdana Menteri yang...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 16 Jan – Pada Sabtu 15 Januari 2022, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, beliau menerima satu kiriman...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA ADAKAH ANDA SUDAH BERTINDAK KE ATAS PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ANDA? Mungkin ramai individu yang tidak peka malah tidak mengetahui berkaitan...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version