Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Banjir Di Johor Dan Melaka Semakin Pulih Pagi Ini

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Jumlah mangsa banjir di Johor dan Melaka terus menunjukkan penurunan setakat pagi ini.

Di JOHOR, jumlah mangsa mencatatkan 1,227 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,154 orang petang semalam, dengan 26 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor berkata, empat daerah masih terjejas banjir dengan Muar merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 547 orang, Segamat (417), Tangkak (182) dan Batu Pahat (81).

Satu stesen sungai mencatat paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar, manakala satu lagi stesen sungai mencatat paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat.

Setakat ini, hanya satu daerah di negeri berkenaan dilaporkan mendung iaitu Mersing, namun keadaan cuaca di sembilan daerah lagi iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Segamat, Pontian, Kluang, Kota Tinggi, Tangkak dan Kulai dilaporkan cerah.

Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 69 mangsa daripada 21 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 112 mangsa daripada 33 keluarga pada 4 petang semalam.

Beliau berkata, kesemua mangsa kini ditempatkan di dua PPS di Jasin.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Jul – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew mempersoalkan adakah Malaysia sudah bersedia dengan kenaikan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Jul – Walaupun terdapat peningkatan secara statistik menjelang separuh kedua 2022 (H2 2022), pakar ekonomi khuatir prestasi keseluruhan ekonomi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniMARANG, 3 Jul – Pas dilihat seakan tidak terkesan dan enggan melayan dakwaan yang melabelkan menteri daripada parti itu sebagai ‘cap ayam’...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Jul – Selain pemilihan dan penyediaan bahan-bahan yang segar dan bermutu yang menjadikan sesuatu masakan menjadi bualan ramai, aspek kemahiran...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER